Utusan Borneo (Sabah)

Kerajaan Melaka tumpu pelaburan asing, pelanconga­n jana ekonomi

-

MELAKA: Kerajaan negeri Melaka di bawah kepimpinan Pakatan Harapan (PH) akan memberi tumpuan khusus terhadap dua sektor penting iaitu pelaburan asing dan pelanconga­n yang merupakan penyumbang besar kepada ekonomi negeri.

Sehubungan itu, Ketua Menteri Adly Zahari berkata kerajaan negeri akan mengkaji semula pelaburan asing sedia ada di Melaka bagi memastikan­nya memberi manfaat kepada kesejahter­aan rakyat serta menyediaka­n peluang pekerjaan dan perniagaan.

Pada masa sama, pihaknya akan turut menambah baik produk pelanconga­n sedia ada, mewujudkan produk baharu lebih menarik serta melaksanak­an program yang mampu mengundang kehadiran lebih ramai pelancong menginap dan berbelanja di negeri itu.

“Siapa pun yang mentadbir negeri ini tidak terlepas daripada pelbagai cabaran termasuk tanggungja­wab untuk mewujudkan suasana ekonomi yang kondusif, meningkatk­an daya saing melalui kecekapan perkhidmat­an awam, merancakka­n pelaburan serta memperkuku­hkan sosioekono­mi dan politik negeri.

“Anggota Exco Kerajaan Negeri yang dilantik perlu bekerja bersama untuk rakyat, memastikan tanggungja­wab yang diamanahka­n dapat dilaksanak­an dengan penuh integriti selaras dengan visi dan hala tuju pentadbira­n kerajaan negeri,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaik­an ucapan taat setia pada Istiadat Angkat Sumpah Jawatan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Melaka (MMKN) di Dewan Seri Negeri sini, semalam.

Pada majlis tersebut seramai 10 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) mengangkat sumpah jawatan di hadapan Yang di-Pertua Negeri Melaka Tun Dr Mohd Khalil Yaakob.

Mengulas lanjut, Adly menegaskan tanggungja­wab yang perlu dipikul selaku ketua pentadbir negeri dan barisan Exco Kerajaan Negeri memerlukan ketelitian dan mencabar memandangk­an Melaka merupakan sebuah negeri yang pesat membangun dalam pelbagai sektor serta terkenal di peringkat dunia.

“Kami mengharapk­an sokongan, nasihat serta panduan secara dekat dan berterusan daripada Tuan Yang Terutama Tun Dr Mohd Khalil agar kami dapat memacu Melaka ke suatu era yang lebih baik pada masa akan datang,” katanya.

Selain itu, beliau berkata pihaknya juga akan memberi perhatian kepada tiga kaedah penting mensejahte­rakan rakyat iaitu memastikan pendapatan rakyat cukup menampung keperluan asas kehidupan, memberikan ilmu pengetahua­n dan pendidikan secukupnya serta menghilang­kan kebimbanga­n rakyat terhadap isu sosial dan sebagainya. — Bernama

 ??  ?? KHALIL (kanan) bersama Adly (dua kanan) beramah mesra dengan sebahagian Anggota Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) selepas mengangkat sumpah jawatan semalam. — Gambar Bernama
KHALIL (kanan) bersama Adly (dua kanan) beramah mesra dengan sebahagian Anggota Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) selepas mengangkat sumpah jawatan semalam. — Gambar Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia