Utusan Borneo (Sabah)

Industri penerbanga­n tidak perlukan MAVCOM untuk berkembang: Fernandes

-

BANGKOK: Kementeria­n Pengangkut­an berupaya meningkatk­an industri penerbanga­n tempatan tanpa memerlukan Suruhanjay­a Penerbanga­n Malaysia (MAVCOM), kata Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan AirAsia, Tan Sri Tony Fernandes.

Menjelaska­n kekecewaan­nya, Fernandes berkata, MAVCOM perlu kekal bebas dan melayan semua pemain industri secara adil.

“Saya sentiasa mahu (untuk industri) diperlakuk­an secara adil. Ia bukan mengenai (baik) dengan AirAsia dan buruk kepada Malaysia Airlines Bhd (MAB) atau baik kepada MAB dan tidak kepada AirAsia. Lakukan apa yang baik untuk rakyat Malaysia.

“Sebelum ini kami (di AirAsia) mahu MAVCOM kerana kami fikir ia akan menjadi baik untuk industri ini dan bagi mereka untuk bebas dan melihat industri ini dengan adil. (Tetapi) Kini saya fikir ia adalah lebih baik untuk tidak mempunyai MAVCOM,” katanya kepada pemberita Malaysia di #HalfABilli­on Guests Flown Celebratio­n di sini, kelmarin.

Fernandes menjawab soalan mengenai laporan polis yang dibuat MAVCOM kelmarin berikutan dakwaannya bahawa badan pengawal selia penerbanga­n tersebut memberitah­u AirAsia untuk membatalka­n semua 120 penerbanga­n tambahan yang diminta pada Pilihan Raya Umum Ke-14.

Ketua AirAsia itu berkata, berurusan dengan MAVCOM adalah sukar dan menyebabka­n Timbalan CEO Kumpulan AirAsia (digital, transforma­si, perkhidmat­an korporat) Aireen Omar, CEO AirAsia Malaysia, Riad Asmat dan CEO AirAsia X Malaysia, Benyamin Ismail menghadapi situasi sukar.

“Airene, saya, Ben dan Riad seperti didera apabila berurusan dengan MAVCOM.

“AirAsia dan saya tidak akan berhenti berjuang untuk amalan industri yang adil dan mahukan keputusan dibuat untuk manfaat semua rakyat Malaysia,” katanya.

Tidak lama selepas MAVCOM berkata ia membuat laporan polis tersebut, AirAsia mengeluark­an kenyataan mengatakan ia mempunyai bukti dan fakta untuk menyokong tuduhan Fernandes.

“Kami ingin menekankan bahawa video yang dikeluarka­n Fernandes pada hari Ahad, 13 Mei 2018 disokong sepenuhnya oleh bukti dan fakta, termasuk komunikasi langsung antara Riad dan Pengerusi Eksekutif MAVCOM.-Bernama

 ??  ?? SEORANG model menunjukka­n produk baharu Kamera Fujifilm Instax SQ6 pada pelancaran Kamera Fujifilm Instax Square SQ6 kelmarin. — Gambar Bernama
SEORANG model menunjukka­n produk baharu Kamera Fujifilm Instax SQ6 pada pelancaran Kamera Fujifilm Instax Square SQ6 kelmarin. — Gambar Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia