Utusan Borneo (Sabah)

Ismail Izzani, Aiman Tino hangatkan pentas Gala Nite KNS

-

GABUNGAN dua artis muda terkenal tanah air, Ismail Izzani dan Aiman Tino bakal menghangat­kan pentas Malam Kebudayaan Gala Nite KNS (Kampung Nangka Sibu) 1.0/18 pada 21 Julai ini, jam 7 malam di Dewan Suarah Sibu.

Berucap pada majlis prapelanca­ran di sini kelmarin, Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kampung Nangka Sibu, Kiew Soon Lee berkata program itu merupakan anjuran Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SMK Kampung Nangka dengan penganjura­n bersama Manno Resources Sdn Bhd selaku penaja utama.

Menurut Kiew, mereka menyasarka­n penjualan sebanyak 1,500 keping tiket kepada orang ramai yang berminat hadir pada majlis makan malam gala tersebut.

“Kita menyediaka­n sebanyak 100 keping tiket berharga RM100 sekeping, 500 keping tiket RM50 dan 900 keping tiket RM30.

“Bagi setiap pembelian tiket berharga RM100, sebotol jus kesihatan Manno diberikan secara percuma.

“Oleh itu, kita menyeru orang ramai segera mendapatka­n tiket tersebut agar berpeluang menyaksika­n persembaha­n daripada kedua-dua artis terbabit,” katanya.

Bagi yang berminat, jualan tiket telah pun dibuka dan boleh didapati di SMK Kampung Nangka.

Kiew memberitah­u, program itu bagi mengutip dana bagi menaik taraf infrastruk­tur sekolah tersebut.

“Seperti sedia maklum, infrastruk­tur uzur arus dinaik taraf. “Menerusi dana itu, kita bercadang membina bumbung pejalan kaki dari depan sekolah sehingga pintu masuk bagi memudah anak-anak masuk ke sekolah,” jelasnya. Sementara itu, Pengerusi PIBG SMK Kampung Nangka Datuk Mohd Yusnar Matalie berkata acara malam itu juga mengetenga­hkan bakat-bakat pelajar menerusi pelbagai persembaha­n.

“Ini adalah inisiatif kita mambantu sekolah bukan sahaja guru-guru dan ibu bapa malah pelajar turut terlibat,” katanya.

 ??  ?? PELAJAR SMK Kampung Nangka Sibu tidak melepaskan peluang bergambar kenangan bersama Ismail Izzani.
PELAJAR SMK Kampung Nangka Sibu tidak melepaskan peluang bergambar kenangan bersama Ismail Izzani.
 ??  ?? KIEW (kiri) menyampaik­an cenderamat­a kepada Ismail Izzani sementara Yusnar melihat sama.
KIEW (kiri) menyampaik­an cenderamat­a kepada Ismail Izzani sementara Yusnar melihat sama.
 ??  ?? SMK Kampung Nangka wujud sejak 1983 justeru banyak kemudahan AMAN TINO
SMK Kampung Nangka wujud sejak 1983 justeru banyak kemudahan AMAN TINO
 ??  ?? ISMAIL IZZANI
ISMAIL IZZANI

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia