Utusan Borneo (Sabah)

PPZ-MAIWP buka 11 kaunter zakat sepanjang Ramadan

-

KUALA LUMPUR: Pusat Pungutan Zakat-Majlis Agama Islam Wilayah Persekutua­n (PPZMAIWP) akan membuka 11 kaunter setiap hari termasuk cuti umum bagi memudahkan pembayaran zakat sepanjang Ramadan ini.

Ketua Pegawai Eksekutif PPZ-MAIWP Ahmad Shukri Yusoff berkata kesemua 11 kaunter yang terlibat adalah di Taman Shamelin Perkasa Cheras; Masjid Negara; Plaza Rah, Kampung Baru; KLSC, Wangsa Maju; UTC KL, Pudu Sentral; Presint 9, Putrajaya; Presint 15 Diplomatik, Putrajaya; Masjid al-Imam al-Ghazali, Kepong; Anjung Niaga Masjid At-Taqwa, Taman Tun Dr Ismail; Masjid Abdul Rahman Bin Auf, Jalan Puchong dan Labuan Square Times, Kota Kinabalu.

Beliau berkata orang ramai boleh melaksanak­an urusan zakat mereka bermula pada 8.15 pagi hingga 4.30 petang.

“Denganslog­an‘Ramadan dinanti, Zakat di hati’, orang ramai digalakkan tidak bertangguh dan mengambil keberkatan bulan Ramadan untuk menunaikan ibadah zakat. Zakat yang dimaksudka­n termasukla­h zakat pendapatan, zakat perniagaan, zakat simpanan, zakat emas, zakat KWSP, zakat saham dan Qadha Zakat,” katanya dalam sidang media khas Ramadan PPZ-MAIWP di sini, Rabu.

Turut hadir dalam sidang media itu ialah Pengurus Besar Kanan Operasi PPZMAIWP Mohammed Hassan.

Ahmad Shukri turut menggalakk­an pengeluar zakat menggunaka­n saluran yang betul melalui amil bertauliah bagi memastikan wang zakat sampai kepada golongan asnaf yang layak.

Beliau berkata selain di kaunter, PPZ-MAIWP turut menggalakk­an orang ramai merebut keberkatan berzakat di bulan Ramadan menggunaka­n kemudahan lain yang ditawarkan iaitu Portal PPZ-MAIWP; Perbankan Internet; Skim Thohir (Skim Potongan Gaji Zakat); Autodebit Maybank dan MyEG, www.myeg. com.my.

Ahmad Shukri berkata kadar zakat fitrah tahun ini bagi Wilayah Persekutua­n adalah sebanyak RM7. PPZ-MAIWP bertanggun­gjawab mengutip zakat di Wilayah Persekutua­n Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan manakala Baitulmal-MAIWP bertanggun­gjawab bagi pengagihan zakat.

Orang ramai boleh melayari laman sesawang www.zakat.com, talian zakat 1-300-88-5757 atau Facebook PPZ-MAIWP www.facebook/myzakat bagi mendapatka­n maklumat berhubung zakat. -Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia