Utusan Borneo (Sabah)

Sambutan Hari Guru 16 Mei

- Oleh NOORASVILL­A MUHAMMA

SANDAKAN: Tarikh 16 Mei setiap tahun telah ditetapkan sebagai Hari Guru di seluruh negara dan sambutan itu menjadi medium untuk mengingati dan menghargai jasa guru.

Yang Dipertua Persatuan Ibubapa dan Guru (PIBG) Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Perempuan Sandakan Haji Otoh Sibik Sahak berkata guru adalah pendidik profession­al dengan tugas utama mendidik, mengajar, membimbang, melatih, mengarah dan mengevalua­si anak-anak merangkumi jalur pendidikan formal, pendidikan dasar dan pendidikan menengah.

“Selaku YDP PIBG, saya mengucapka­n selamat menyambut Hari Guru pada tahun ini dengan azam yang tinggi di samping dapat mengemblen­gkan tenaga dan dapat menjalinka­n kerjasama dan komitmen yang tinggi khasnya dalam menjayakan apa jua program dan aktiviti PIBG seperti yang telah dirancangk­an.

“Sesungguhn­ya, jasa guru tidak ternilai harganya. Guru ibarat lilin yang membakar diri untuk menerangi orang lain. Orang hebat boleh melahirkan beberapa tokoh bermutu tapi guru yang bermutu dan berwibawa boleh melahirkan jutaan yang hebat,” katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata kepentinga­n kerjasama diantara PIBG, Lembaga Sekolah (SJ), PIBK dan Guru merupakan elemen penting dan paksi kepada kemantapan kepimpinan PIBG dan guru dalam melahirkan modal serta pembanguna­n insan di negara ini.

Jelasnya, kerjasama yang erat bukan sekadar menjalinka­n hubungan yang baik dalam kalangan ibu bapa dan guru, tetapi dapat memupuk kerjasama di antara komuniti, sektor swasta, para profesiona­l, wakil rakyat dan kakitangan kerajaan Persekutua­n dan negeri.

“Dengan ikatan kerjasama yang diwujudkan sudah tentunya jaringan khidmat dan kerja di antara PIBG dan semua agensi khasnya pengurusan sekolah akan bergerak dengan lancar dan saksama.

“Begitulah di sebaliknya, tanpa kerjasama yang erat dan baik antara warga ibu bapa dan guru, sudah tentunya amat sukar untuk melahirkan modal insan yang berkualiti dan mungkin kita gagal merealisas­ikan Program Pembanguna­n Pendidikan Negara yang bermula pada 2012-2025,” jelasnya.

Sementara itu, bagi Iswadiman Shamsuddin, guru sememangny­a antara kelompok yang memainkan peranan penting dalam melahirkan insan berpendidi­kan, berkualiti dan mempunyai sahsiah diri.

Menurut beliau, tanpa wujudnya karier guru, agak mustahil untuk negara maju ke hadapan dan membangun.

“Sebagai rakyat Malaysia, saya beranggapa­n sambutan Hari Guru pada 16 Mei setiap tahun perlu diteruskan agar mereka juga rasa dihargai. Guru pencetus pembanguna­n modal insan, guru pencetus pembanguna­n pendidikan negara dan guru jugalah pencetus wujudnya warga Malaysia berilmu,” jelasnya.

 ??  ?? OTOH SIBIK
OTOH SIBIK
 ??  ?? ISWADIMAN
ISWADIMAN

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia