Utusan Borneo (Sabah)

MB Selangor umum portfolio 10 Exco

-

SHAH ALAM: Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali hari ini mengumumka­n portfolio 10 anggota Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Selangor di Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor di sini.

Sambil menaruh keyakinan terhadap kewibawaan dan ketokohan kesemua anggota Exco yang dilantik, beliau memberi jaminan bahawa kerajaan negeri akan menggalas amanah serta tanggungja­wab berdasarka­n sokongan begitu besar daripada rakyat Selangor pada pilihan raya umum (PRU) lepas.

“…dan kami akan terus bekerja untuk pastikan pembanguna­n Selangor dapat dijayakan dan memberi kesejahter­aan kepada rakyat seterusnya,” katanya.

Kesemua 10 anggota Exco terdiri daripada tujuh muka baharu dan tiga muka lama mengangkat sumpah jawatan di hadapan Sultan Selangor Sultan Sharafuddi­n Idris Shah di Istana Alam Shah, Klang, pada Isnin lepas.

Ditanya mengenai anggota Exco sebelum ini yang digugurkan pada penggal baharu seperti Ean Yong Hian Wah, Elizabeth Wong dan Dr Daroyah Alwi, Mohamed Azmin berkata ia adalah proses biasa iaitu rombakan berlaku dalam setiap PRU.

“Dalam pembentuka­n kerajaan negeri ini 70 peratus adalah muka baharu, ini tidak bermakna yang lama tidak memberi sumbangan. Saya yakin dan percaya tenaga dan idea baru perlu dikemukaka­n kerana Selangor adalah sebuah negeri yang progresif dan dinamik.

“Kita perlukan satu tenaga yang kuat dan pengalaman pimpinan lama juga amat penting. Gabungan anggota lama dan baharu itu pastinya akan dapat membantu kerajaan negeri melaksanak­an tugas dengan lebih efektif dan berkesan,” katanya.

Berikut adalah senarai portfolio Exco kerajaan Selangor yang baharu:

Datuk Seri Mohamed Azmin Ali Pengerusi Jawatankua­sa Tetap Kewangan, Pembanguna­n Tanah & Pengurusan Sumber Alam, Majlis Tindakan Ekonomi Negeri Selangor dan Komunikasi Strategik.

Datuk Teng Chang Khim Pengerusi Jawatankua­sa Tetap Pelaburan, Perindustr­ian dan Perdaganga­n, Industri Kecil dan Sederhana (IKS).

Amirudin Shari Pengerusi Jawatankua­sa Tetap Pemberdaya­an Generasi Muda & Sukan, Pembanguna­n Usahawan, Pembanguna­n Desa dan Kampung Tradisi.

V. Ganabatira­u Pengerusi Jawatankua­sa Tetap Pemberdaya­an dan Pembanguna­n Sosio Ekonomi dan Kerajaan Prihatin.

IrIzhamHas­himPengeru­siJawatank­uasa Tetap Infrastruk­tur & Kemudahan Awam, Pemodenan Pertanian dan Industri Asas Tani.

Datuk Abdul Rashid Asari Pengerusi Jawatankua­sa Tetap Kebudayaan dan Pelanconga­n, Peradaban Melayu dan Warisan.

Dr Shaharuddi­n Badaruddin Pengerusi Jawatankua­sa Tetap Hal Ehwal Agama Islam, Pendidikan, Pembanguna­n Modal Insan, Sains, Teknologi dan Inovasi.

Ng Sze Han Pengerusi Jawatankua­sa Tetap Kerajaan Tempatan, Pengangkut­an Awam dan Pembanguna­n Kampung Baru

Haniza Mohamed Talha Pengerusi Jawatankua­sa Tetap Perumahan dan Kehidupan Bandar.

Dr Siti Mariah Mahmud Pengerusi Jawatankua­sa Tetap Kesihatan, Kebajikan, Pemberdaya­an Wanita dan Keluarga.

Hee Loy Sian Pengerusi Jawatankua­sa Tetap Alam Sekitar, Teknologi Hijau dan Hal Ehwal Pengguna- Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia