Utusan Borneo (Sabah)

Presiden Rusia rasmi jambatan baharu ke Crimea

-

KERCH: Presiden Rusia Vladimir Putin mengundang kecaman dari Amerika Syarikat (AS), Eropah dan Ukraine kelmarin selepas beliau me-rasmikan sebuah jambatan baharu yang menghubung­kan tanah besar Rusia dengan Crimea yang dirampas oleh Moscow dengan memandu sebuah trak untuk menyeberan­ginya ke semenanjun­g tersebut.

Putin yang memakai seluar jean dan jaket kasual ditunjukka­n oleh televisyen kerajaan Rusia memandu sebuah trak pembinaan untuk menyeberan­gi jambatan sepanjang 19 kilometer berkenaan, yang menghubung­kan semenanjun­g Taman di selatan Rusia dengan Crimea di Ukraine, yang dirampas oleh Moscow pada 2014.

“Saya dengan ikhlas ingin mengucapka­n tahniah kepada anda di atas hari yang menakjubka­n, meriah dan, dalam erti katanya yang sepenuhnya, bersejarah,” kata Putin kepada pekerja selepas beliau tiba di jambatan sebelah Crimea.

“Dalam era bersejarah yang berbeza, malah di bawah maharaja (Rusia), rakyat menaruh impian untuk membina jambatan ini,” kata Putin kepada pekerja yang bersorak.

Beliau merujuk kepada maharaja atau tsar terakhir Rusia, Nicholas II, yang mulamula mencadangk­an jambatan sedemikian, tetapi Perang Dunia I menghalang­nya daripada diteruskan.

Satu lagi cubaan yang tidak berjaya dibuat pada zaman 1930-an di bawah Joseph Stalin.

Semasa Perang Dunia II, kumpulan penjajah Nazi juga mula membina sebuah jambatan tetapi mengabaika­n projek tersebut.

Putin, yang dipilih semula untuk penggal keempat di Kremlin pada Mac lalu untuk melanjutka­n pemerintah­annya yang lama, berjanji untuk membina lebih banyak “projek sedemikian” di Rusia.

Jabatan Crimea mengatasi Jambatan Vasco da Gama di Lisbon sebagai jambatan terpanjang di Eropah.

Dibina dengan kos 228 bilion ruble (RM14.4 bilion), struktur baharu itu menghubung­kan wilayah selatan Krasnodar dengan bandar Kerch di Crimea, yang me-rentasi selat antara Laut Hitam dan Laut Azov.

Ukraine, yang bersama kebanyakan komuniti antarabang­sa tidak mengiktira­f tindakan Rusia merampas Crimea, mengecam projek itu.

“Penjajah Rusia, yang menduduki Crimea buat sementara waktu, terus bertindak di luar undangunda­ng antarabang­sa,” kata Perdana Menteri Ukraine, Volodymyr Groysman, kepada AFP dalam satu temu ramah.

Ukraine sebelum ini pernah mengadu bahawa pembinaan itu merosakkan alam sekitar dan kapal besar tidak dapat belayar ke pelabuhann­ya di Laut Azov.

AS berkata pembukaan jambatan itu adalah satu cubaan untuk mengukuhka­n “rampasan yang menyalahi undang-undang” oleh Moscow ke atas wilayah Ukraine itu. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia