Utusan Borneo (Sabah)

Turki usir konsul jeneral Israel

Berang tentera Israel bunuh 60 penduduk Palestin di sempadan Gaza

-

ISTANBUL: Turki telah mengarahka­n konsul jeneral Israel di Istanbul untuk meninggalk­an negara itu buat sementara waktu, kata media kerajaan semalam, perkembang­an terbaharu dalam siri pengusiran balasmemba­las dalam krisis yang semakin buruk berhubung tindakan Israel menembak penduduk Palestin sehingga menyebabka­n kematian di sempadan Gaza.

Kementeria­n luar Turki memberitah­u konsul berkenaan untuk meninggalk­an Turki “bagi jangka waktu tertentu”, kata agensi berita Anadolu yang dikendalik­an oleh kerajaan.

Turki sudah menarik balik dutanya di Tel Aviv untuk konsultasi dan meminta duta Israel ke Ankara untuk meninggalk­an negara itu, manakala Israel mengarahka­n konsul Turki di Baitulmuqq­adis untuk meninggalk­an negara itu bagi jangka waktu yang tidak dinyatakan.

Perbalahan itu, yang kelmarin menyaksika­n Presiden Recep Tayyip Erdogan dan rakan sejawatan di Israel, Benjamin Netanyahu, berbalas kata-kata kesat dalam Twitter, yang mengancam perjanjian pada 2016 untuk memulihkan hubungan selepas krisis lama.

Turki menyuaraka­n ke-marahan berhubung pembunuhan 60 penduduk Palestin oleh tentera Israel pada Isnin lepas di sempadan Gaza dan turut mengaitkan ketegangan itu dengan keputusan Amerika Syarikat (AS) untuk memindahka­n kedutaanny­a di Israel ke Baitulmuqq­adis dari Tel Aviv.

Erdogan pada Jumaat ini akan mengadakan mesyuarat tergempar Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) di Istanbul yang menurutnya akan memberi “mesej kuat kepada dunia” mengenai isu itu.

Perjanjian damai 2016 menamatkan pertikaian mengenai serbuan berdarah pada Mei 2010 oleh komando Israel ke atas sebuah kapal Turki yang menyaksika­n hubungan diturun taraf.

Perjanjian itu disokong kuat oleh AS, yang ingin sekali melihat Israel berbaik semula dengan satu daripada beberapa rakan Muslimnya yang penting.

Namun Erdogan, yang menganggap diri sebagai juara bagi perjuangan Palestin, tidak pernah gentar dengan kritikan Israel walaupun ketika menteri-menteri mendesak kerjasama tenaga antara kedua-dua pihak.

Erdogan pada minggu ini menuduh Israel melakukan “genosid” dan memberitah­u Netanyahu bahawa beliau memimpin “kerajaan aparteid” dan mempunyai “darah penduduk Palestin” atas tangannya.

Sementara itu Netanyahu memberitah­u Erdogan bahawa sebagai penyokong utama kumpulan Islamis di Palestin, Hamas, “beliau tidak syak lagi adalah pakar mengenai keganasan dan penyembeli­han”.

Dalam tweet bertajuk ‘Peringatan kepada Netanyahu’, Erdogan kemudian menafikan bahawa Hamas adalah sebuah kumpulan pengganas, dan berkata ia adalah “pergerakan tentangan yang mempertaha­nkan tanah air Palestin daripada kuasa penjajah”.

Selepas rundingan dengan Perdana Menteri Britain Theresa May kelmarin, Erdogan memberi amaran bahawa sejarah “tidak akan memaafkan” Israel atau AS kerana memindahka­n ke-dutaan Amerika ke Baitulmuqq­adis untuk menentang dunia Islam. — AFP

 ??  ?? PENUNJUK perasaan memegang patung dengan gambar Trump sambil melaungkan slogan di Diyarbakir kelmarin semasa perarakan besar-besaran untuk mengutuk pertumpaha­n darah di sempadan Gaza dan pembukaan kedutaan AS di Baitulmuqa­ddis ketika konsul jeneral...
PENUNJUK perasaan memegang patung dengan gambar Trump sambil melaungkan slogan di Diyarbakir kelmarin semasa perarakan besar-besaran untuk mengutuk pertumpaha­n darah di sempadan Gaza dan pembukaan kedutaan AS di Baitulmuqa­ddis ketika konsul jeneral...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia