Utusan Borneo (Sabah)

Kerajaan akan percepat pelantikan menteri Kabinet

Supaya tugas kerajaan boleh dijalankan dengan segera

-

PUTRAJAYA: Kerajaan akan mempercepa­tkan pelantikan 10 menteri Kabinet bagi membolehka­n majlis angkat sumpah dan persidanga­n Dewan Rakyat diadakan secepat mungkin, kata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu berkata fasa pertama penubuhan kerajaan melibatkan pelantikan 10 menteri Kabinet diharap dapat diumumkan pada minggu ini supaya tugas kerajaan boleh dijalankan termasuk mengadakan mesyuarat Kabinet.

“Kerajaanbo­lehmengada­kan mesyuarat Kabinet dengan 10 orang ini sahaja sementara kita isi 15 tempat lagi supaya kita dapat Kabinet penuh melibatkan 25 kementeria­n.

“Oleh kerana kita akan memakan masa, ada keperluan untuk kita mengadakan mesyuarat Parlimen secepat mungkin maka kita akan cuba percepatka­n proses persidanga­n Dewan Rakyat dan angkat sumpah,” katanya pada sidang media di Yayasan Kepimpinan Perdana, di sini, pada Rabu.

Dr Mahathir berkata usaha mempercepa­tkan proses pelantikan menteri Kabinet itu juga penting bagi membolehka­n kajian berkenaan undang-undang yang perlu dimansuhka­n dan perkara berkaitan polisi kerajaan sedia ada dapat dijalankan secepat mungkin.

Perdana menteri berkata antara kajian semula terhadap undang-undang yang perlu dimansuhka­n termasuk Akta Cukai Barang dan Perkhidmat­an (GST), Akta Antiberita Tidak Benar 2018 dan undang-undang yang menyekat kebebasan dan hak bersuara.

“Kita tiada niat untuk mengekalka­n Akta Antiberita Tidak Benar tetapi kita perlu juga buat kajian.

“Ini semua akan dilakukan, bukan sahaja berkenaan GST dan (akta) berita tidak benar, tetapi ada keperluan (kaji) undang-undang keselamata­n negara dan beberapa lagi undang-undang berkenaan yang menyekat kebebasan rakyat,” katanya.

Pada Sabtu lepas, Dr Mahathir telah menamakan tiga menteri utama, iaitu Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng sebagai Menteri Kewangan, Presiden PPBM Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Menteri Dalam Negeri dan Presiden Amanah Mohamad Sabu sebagai Menteri Pertahanan.

Dalam pada itu, beliau berkata semua empat parti dalam PH iaitu PKR, DAP, Amanah dan PPBM telah mengemukak­an calon menteri dan timbalan menteri masingmasi­ng.

Ditanya tentang penglibata­n wanita untuk jawatan Kabinet, Perdana Menteri berkata tiada bilangan yang ditetapkan, namun anggota Parlimen wanita yang layak akan dipertimba­ngkan.

Ditanya bila beliau akan memulakan tugas di Pejabat Perdana Menteri di Perdana Putra, Dr Mahathir berkata beliau mungkin akan melaporkan diri pada minggu depan.

Sejak mengangkat sumpah sebagai perdana menteri ketujuh pada Khamis lepas, Dr Mahathir beroperasi di bangunan Yayasan Kepimpinan Perdana di sini serta mengadakan pertemuan dengan beberapa individu penting dan turut menerima kunjungan Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah.

Berhubung kedudukan Datuk Seri Anwar Ibrahim TUN DR MAHATHIR MOHAMAD Perdana Menteri

yang dibebaskan hari ini, beliau berkata Ketua Umum PKR itu akan memainkan peranan di dalam parti memandangk­an beliau bukan seorang anggota Parlimen.

“Esok saya berharap untuk mengadakan mesyuarat majlis presiden. Jika akan ada sebarang perubahan melibatkan Anwar, (majlis) presiden akan putuskan,” katanya.

Berhubung status projekproj­ek di bawah gagasan

1Malaysia seperti Kedai Rakyat 1Malaysia, Dr Mahathirbe­rkatakeraj­aanakan meminda slogan 1Malaysia itu kepada slogan lain yang akan dikenal pasti dan sesuai dengan pemerintah­an baharu.

Mengulas pergolakan isu perpindaha­n kedutaan Amerika Syarikat dari Tel Aviv ke Baitulmaqd­is dan pembunuhan rakyat Palestin oleh tentera Israel, Perdana Menteri berkata beliau telah bercakap dengan Presiden Turki Recep Tayyip Erdogan semalam berkenaan isu itu.

“Erdogan bercadang untuk mengadakan mesyuarat khas, tetapi kalau diadakan agak awal mungkin saya tidak dapat hadir,” katanya.

Bagaimanap­un, katanya kerajaan Malaysia telah menyampaik­an perasaan mengenai isu itu melalui sebuah kenyataan semalam.

Wisma Putra dalam kenyataan semalam berkata Malaysia mengutuk sekerasker­asnya kekejaman Israel terhadap rakyat Palestin yang membantah perbuatan Amerika Syarikat membuka kedutaan di Baitulmaqd­is dan menggesa Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) menjalanka­n siasatan menyeluruh peristiwa itu.

Wisma Putra berkata Israel perlu dipertangg­ungjawabka­n terhadap 58 rakyat Palestin yang dibunuh ketika menyertai bantahan itu pada 14 Mei.Bernama

“Ini semua akan dilakukan, bukan sahaja berkenaan GST dan (akta) berita tidak benar, tetapi ada keperluan (kaji) undangunda­ng keselamata­n negara dan beberapa lagi undang-undang berkenaan yang ” menyekat kebebasan rakyat

 ??  ?? PERDANA Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad ketika sidang akhbar di Yayasan Kepimpinan Perdana pada Rabu.
PERDANA Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad ketika sidang akhbar di Yayasan Kepimpinan Perdana pada Rabu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia