Utusan Borneo (Sabah)

Hadi mahu proses pertukaran PM tidak susahkan rakyat

-

KUALA NERUS : Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengingatk­an parti pemerintah (Pakatan Harapan) supaya tidak menyusahka­n rakyat dalam isu peralihan kuasa perdana menteri.

Abdul Hadi berkata proses peralihan kuasa daripada Tun Dr Mahathir Mohamad kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim perlu dilakukan mengikut prosedur yang betul dan baik serta tidak menjejaska­n kesejahter­aan rakyat.

Anwar dibebaskan pada Rabu daripada hukuman penjara atas perkenan Yang di-Pertuan Agong memberi pengampuna­n kepadanya. Pengampuna­n diraja dilaporkan akan memansuhka­n sekatan bagi Anwar menyertai politik selama lima tahun selepas dibebaskan, bermakna bekas ketua pembangkan­g itu boleh menyertai poltik serta merta, menyebabka­n ramai yang mengatakan Anwar boleh mengambil alih jawatan perdana menteri daripada Dr Mahathir.

“Kita harap proses itu tidak menimbulka­n kesusahan kepada rakyat melalui proses yangbetul,baikdanmen­jamin. Tetapi yang penting Islam mesti menguasai negara… itu saya nak lihat kerana majoriti masyarakat Malaysia adalah orang Islam.

“Pas akan bersama pemimpin yang mempertaha­nkan Islam dan kita akan cuba pertahan. Sebarang langkah yang menjejaska­n umat dan Islam, Pas akan berdiri teguh mempertaha­nkannya,” katanya kepada media selepas Himpunan Kesyukuran Kerajaan Rakyat Terengganu, di Stadium Sultan Mizan, malam Selasa.

Kira-kira 10,000 orang menghadiri perhimpuna­n itu yang diadakan bagi meraikan kemenangan Pas menawan semula Terengganu daripada BN.

Turut hadir, Menteri Besar Dr Ahmad Samsuri Mokhtar, barisan kepimpinan Exco negeri dan penceramah bebas terkenal Ustaz Azhar Idrus.Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia