Utusan Borneo (Sabah)

Gerald Gadit dipanggil

Jalani sesi latihan bersama skuad bawah 19 tahun kebangsaan

- Oleh VITALIS G BINGKASAN

KOTA KINABALU: Pemain pertahanan pasukan Piala Presiden Sabah, Gerald Gadit dipanggil menjalani sesi latihan dan pemilihan skuad bawah 19 tahun Kebangsaan pada 20 Mei7 Jun sebagai persiapan

menghadapi Kejohanan Persekutua­n Bola Sepak Asean (AFF) 2018.

Gerald adalah wakil tunggal Sabah dalam senarai 27 pemain dari seluruh negara yang dipanggil menyertai sesi latihan dan pemilihan pasukan kendalian Bojan Hodak berkenaan.

“Saya pun terkejut apabila dimaklumka­n mengenai perkara ini. Saya tidak sangka terpilih. Tentunya saya gembira dan ini adalah satu suntikan semangat untuk saya terus berusaha lebih gigih lagi membina kerjaya dalam bola sepak.

“Saya akan cuba yang terbaik untuk dapatkan tempat dalam senarai akhir seterusnya mewakili negara ke Kejohanan AFF,” kata Gerald ketika dihubungi pada Rabu.

Kejohanan AFF dijadualka­n berlangsun­g di Indonesia pada 29 Jun-15 Julai.

Surat FAM kepada Persatuan Bola Sepak Sabah (Safa)padaIsninm­emberitahu bahawa 27 pemain itu akan menjalani sesi latihan dan pemilihan di Wisma FAM bermula 20 Mei.

Daripada jumlah itu, 23 pemain akan disenaraik­an menyertai kem latihan di Bangkok, Thailand pada 30 Mei-4 Jun.

Selain merupakan pemain utama skuad Piala Presiden (bawah 21 tahun) Sabah, Gerald juga sering dipanggil membantu skuad bawah 19 tahun Sabah (Piala Belia).

Saya akan cuba yang terbaik untuk dapatkan tempat dalam senarai akhir seterusnya mewakili negara ke Kejohanan AFF.

GERALD GADIT Pemain pertahanan pasukan Piala Presiden Sabah

 ??  ?? Program Tunas Asas Bola Sepak Persatuan Bola Sepak Sabah daerah Bandaraya Kota Kinabalu (TABS Safa Bandaraya) yang diadakan setiap Ahad di padang Kompleks Sukan Kota Kinabalu akan berehat sepanjang bulan Ramadan. Program itu akan diteruskan semula...
Program Tunas Asas Bola Sepak Persatuan Bola Sepak Sabah daerah Bandaraya Kota Kinabalu (TABS Safa Bandaraya) yang diadakan setiap Ahad di padang Kompleks Sukan Kota Kinabalu akan berehat sepanjang bulan Ramadan. Program itu akan diteruskan semula...
 ??  ?? GERALD
GERALD

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia