Utusan Borneo (Sabah)

City tawar 50 juta pound untuk khidmat Zaha

-

LONDON, England: Manchester City masih berminat untuk mendapatka­n khidmat penyerang Crystal Palace, Wilfried Zaha.

Pemain sayap antarabang­sa Ivory Coast itu dijangka menjadi pemain ternama yang akan berpindah ekoran satu musim memberangs­angkan di Palace.

Pemain berusia 25 tahun itu menjaringk­an sembilan gol dan mengumpan tujuh gol untuk membantu

Palace kekal dalam Liga Perdana Inggeris.

Aksi memberangs­angkan itu menarik perhatian beberapa pasukan dengan Sky Sports melaporkan City turut berminat.

Ia berkata pengurus City, Pep Guardiola, meminta untuk terus diberikan perkembang­an tentang Zaha terutama sekali jika beliau mahu meninggalk­an Palace pada musim panas nanti.

City menghantar pegawai pencari bakat untuk melihat beliau beraksi beberapa kali musim ini dan satu perpindaha­n bernilai 50 juta pound mungkin ditawarkan.

Zaha hanya menandatan­gani kontrak baharu jangka panjang di Selhurst Park musim lepas dan menegaskan beliau tidak mencari kelab lain selepas kemenangan ke atas West Brom pada perlawanan terakhir musim. Beliau berkata: “Saya tidak mempunyai rancangan untuk berpindah. Saya gembira dengan permainan saya di sini dan anda boleh melihatnya dengan sendiri. Di sinilah rumah saya dan tiada sebab untuk saya pergi.” Pengurus Palace, Roy Hodgson menambah: “Wilfried tahu nilai beliau sebagai pemain dan sebagai individu kerana beliau adalah pemain penting untuk kami.

“Beliau mempunyai satu kontrak jangka panjang dan salah seorang pemain dengan gaji tertinggi kelab dan melepaskan beliau adalah perkara terakhir dalam fikiran kami (kelab). “Dari apa yang saya tahu, sehingga ada hari apabila satu tawaran dibuat dan diterima oleh kelab, spekulasi lain boleh dibuang dari fikiran saya.” — Reuters

 ??  ??
 ?? — Gambar Reuters ?? ZAHA meraikan jaringanny­a ketika beraksi bersama Palace pada perlawanan Liga Perdana Inggeris menentang West Brom di Selhurst Park, London pada 13 Mei lepas.
— Gambar Reuters ZAHA meraikan jaringanny­a ketika beraksi bersama Palace pada perlawanan Liga Perdana Inggeris menentang West Brom di Selhurst Park, London pada 13 Mei lepas.
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia