Utusan Borneo (Sabah)

Pemansuhan GST mulai 1 Jun disambut baik

Peniaga sedia laksanakan mulai 1 Jun

- Oleh SADDAM EDRIS

KOTA KINABALU: Pemansuhan Cukai Barang dan Perkhidmat­an (GST) yang berkuatkua­sa pada 1 Jun depan disambut baik oleh seluruh rakyat di negeri ini.

Presiden Persatuan Hal EhwaldanPe­lindungPen­gguna Sabah (Caps) James Bagah berkata, pengumuman oleh kerajaan baharu itu adalah satu hadiah buat rakyat Malaysia.

Katanya, ia jelas menunjukka­n kerajaan amat serius menurunkan kos sara hidup yang membebanka­n rakyat selama ini.

“Meskipun begitu, proses pemansuhan GST ini perlu dipantau secara menyeluruh agar semua pihak khususnya peniaga dapat memberi kerjasama untuk menurunkan harga barang.

“Kerajaan kini juga perlu mengambil tindakan tegas tanpa kompromi terhadap peniaga yang degil di bawah Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011,” katanya.

James juga berharap agar harga barangan di antara Sabah, Sarawak dan Semenanjun­g akan diseragamk­an demi kepentinga­n rakyat.

Sementara itu, Presiden Persatuan Usahawan Industri Kecil dan Sederhana Wanita Bumiputera Sabah (IKSNITA) Datuk Dayang Khatijah Dato Bachtiyal berkata, pemansuhan cukai itu dilihat langkah terbaik untuk kepentinga­n dan pembanguna­n ekonomi seluruh rakyat.

Katanya, sepanjang pelaksanaa­n GST, pihaknya juga tidak terlepas untuk dikenakan GST meskipun hanya berpendapa­tan bawah RM500 ribu.

“GST dikenakan kepada semua pihak tidak terkecuali usahawan dan orang kampung namun, setelah pengumuman cukai ini mahu dimansuhka­n, seluruh rakyat amat mengalualu­kannya.

“Hal ini kerana, setelah GST tidak dikenalkan, ia bukan hanya menurunkan harga barangan malah, peniaga seperti kami iaitu usahawan kecil dan sederhana juga boleh memperoleh lebih banyak keuntungan,” katanya.

Pengurus Cawangan Singer Sdn Bhd Gomez Sim Kwong Kiang juga menyambut baik langkah itu yang mampu membaikpul­ih kuasa beli rakyat selaku pengguna.

Menurutnya, sebelum ini iaitu sepanjang tempoh pelaksanaa­n GST, menyebabka­n hasil jualan syarikatny­a menurun sehingga 50 peratus.

“Produk kita boleh tebus balik cukai yang dikenakan, tetapi ia mengambil masa yang lama, dan itu tidak termasuk cas yang dikenakan lebih tinggi yang melibatkan kos pengangkut­an, komisen pekerja, sewa kedai dan lainlain.

“Diharapkan dengan pemansuhan GST oleh kerajaan baharu ini akan memberi kemajuan kepada peniaga selain menaiktara­f hidup rakyat,” katanya.

Pengerusi Dewan Perniagaan dan Perindustr­ian Kadazan Dusun (KCCI) Datuk Bonipasius Bianis turut mengalu-alukan usaha kerajaan Persekutua­n yang baru dibentuk itu untuk memansuhka­n GST.

“Sememangny­a, usaha ini akan memberikan kesan yang positif kepada peniaga dan tentu sekali dapat meningkatk­an perniagaan mereka,” katanya.

Pada 16 Mei lalu, Kementeria­n Kewangan Malaysia mengeluark­an kenyataan bahawa bekalan barangan dan perkhidmat­an di Malaysia termasuk barangan diimport yang dikenakan GST 6 peratus akan dikenakan pada kadar 0 peratus mulai 1 Jun.

Pengumuman itu dibuat setelah mantan Gabenor Bank Negara Zeti Zkhtar Aziz memberitah­u rakyat supaya tidak menjangkak­an pemansuhan GST akan berlaku dalam sehari.

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad juga berikrar mahu menghapusk­an cukai penggunaan yang telah diperkenal­kan oleh mantan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada 2015.

 ??  ?? BONIPASIUS
BONIPASIUS
 ??  ?? JAMES
JAMES
 ??  ?? DAYANG KHATIJAH
DAYANG KHATIJAH
 ??  ?? GOMEZ
GOMEZ

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia