Utusan Borneo (Sabah)

Konsert perdana ‘Padi Reborn Exclusive Live In KL’

-

KUMPULAN Padi kini kembali untuk mengadakan konsert perdana mereka yang berjudul Padi Reborn Exclusive Live In KL setelah menyepi selama tujuh tahun.

Menurut gitaris kumpulan Padi iaitu Piyu, mereka pada awalnya hanya merancang untuk berehat selama tiga bulan sahaja untuk mengkaji kekuatan dan kelemahan kumpulan mereka dan tidak menyangka akan berlanjuta­n selama tujuh tahun.

“Saya berasa amat teruja untuk menunggu tanggal 30 hari bulan Jun membuat persembaha­n di Kuala Lumpur di mana ini juga adalah penampilan pertama Padi selepas tujuh tahun vakum,” kata Piyu pada sidang media di Royal Hotel hujung April lalu.

Tidak ketinggala­n Fadly yang juga vokalis kumpulan padi meluahkan rasa terkejut dan syukur beliau kerana masih diberi kesempatan untuk berkumpul semula dengan anggota kumpulan Padi untuk mengadakan konsert setelah sekian lama menyanyi.

Padi Reborn Exclusive Live In KL yang akan berlangsun­g pada 20 Jun (Sabtu) 8 malam di KL Live, Kuala Lumpur ini dianjurkan oleh Qew Communicat­ion Sdn Bhd juga akan menampilka­n persembaha­n daripada Kumpulan Pitahati.

Sepanjang penubuhann­ya, Padi mempunyai lima studio album iaitu ‘Lain Dunia’ (1999), ‘Sesuatu Yang Tertunda’ (2001), ‘Save My Soul’ (2003), ‘Padi’ (2005) dan ‘Tak Hanya Diam’ (2007). Kumpulan ini juga mempunyai album kompilasi yang berjudul ‘The Singles’ yang dipasarkan pada 2011.

Tiket-tiket untuk menyaksika­n untaian indah Padi Reborn Exclusive Live In KL pada 30 Jun depan sudah dijual dengan harga RM179 untuk standard (Platinum) dan sesi ‘meetand-greet’ pula RM290 untuk standard.

Tiket promosi harga istimewa juga boleh didapati sepanjang ‘roadshow’ yang bakal diadakan sepanjang bulan Mei ini.

Semua tiket boleh didapati dengan melayari www.buytickets.com.my. — Bernama

 ??  ??
 ??  ?? PADI LIMA STUDIO ALBUM
PADI LIMA STUDIO ALBUM
 ??  ?? PITAHATI
PITAHATI

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia