Utusan Borneo (Sabah)

Musa kemuka saman TYT, Shafie

-

KOTA KINABALU: Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah, Tan Sri Musa Aman, pada Khamis memfailkan saman terhadap Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin dan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.

Saman berkenaan difailkan menerusi firma guaman Messrs FT Ahmad & Co, bagi mendapatka­n pengisytih­aran bahawa beliau kekal sebagai Ketua Menteri yang sah mengikut peruntukan undang-undang.

Berdasarka­n writ saman berkenaan, Musa mendakwa bahawa pengakuan sumpah Mohd Shafie sebagai Ketua Menteri oleh Yang Dipertua Negeri adalah tidak berperlemb­agaan dan tidak sah.

Writ itu juga memohon perisytiha­ran bahawa sebarang atau semua tindakan yang dilakukan oleh Shafie ketika dikatakan sebagai Ketua Menteri, sebagai tidak sah dan batal.

Mengikut Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012, Juhar dan Shafie mempunyai tempoh 14 hari untuk memberi maklum balas kepada writ berkenaan.

Musa mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri Sabah di hadapan Juhar pada lewat malam 10 Mei lalu, sehari selepas Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) berdasarka­n majoriti mudah 31 kerusi menerusi kerjasama BN dengan Parti Solidariti Tanah Airku (STAR).

Dua hari kemudian iaitu pada Sabtu, Mohd Shafie pula mengangkat sumpah Ketua Menteri di hadapan Juhar selepas mendapat majoriti berikutan enam Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) BN menyatakan sokongan dan bekerjasam­a dengan Parti Warisan Sabah (Warisan)Pakatan Harapan (PH) untuk membentuk kerajaan.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia