Utusan Borneo (Sabah)

Empat maut, dua parah bas ekspres bertembung kereta

-

RANAU: Empat individu disahkan maut manakala dua yang lain parah dalam pertembung­an dua kenderaan di Kampung Meringkan, di sini, petang Khamis.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ranau Jimmy Lagung berkata kejadian pada jam 2.30 petang itu membabitka­n bas ekspres dan sebuah kereta sedan.

“Bas ekspres yang dinaiki 28 penumpang termasuk pemandu dan pembantu pemandu itu difahamkan dalam perjalanan dari Kota Kinabalu menuju ke Semporna sebelum bertembung dengan kereta sedan terbabit.

“Kejadian menyebabka­n enam mangsa termasuk pemandu tersepit dalam kenderaan sedan,” katanya.

Menurutnya lapan anggota bersama dua jentera yang tiba di lokasi kejadian sejauh 56 kilometeri­tusegerame­lakukan operasi mengeluark­an mangsa tersepit di dalam kenderaan terbabit.

“Dua mangsa parah yang dikeluarka­n orang awam sudah dihantar ke hospital untuk menerima rawatan selanjutny­a.

“Empat yang lain disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutny­a,” katanya sambil menambah, identiti mangsa belum dikenalpas­ti.

Jimmy berkata operasi ditamatkan pada jam 4 petang namun, punca kejadian masih dalam siasatan.

 ??  ?? - Oleh VIVI OLVIANA NAJURUS
ANGGOTA bomba melakukan operasi mengeluark­an mangsa tersepit di dalam kereta sedan.
- Oleh VIVI OLVIANA NAJURUS ANGGOTA bomba melakukan operasi mengeluark­an mangsa tersepit di dalam kereta sedan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia