Utusan Borneo (Sabah)

SK Merintaman jayakan program IMAN bersama Pemadam, Kesihatan

SK Merintaman jayakan program IMAN bersama Pemadam, Pejabat Kesihatan

- Oleh SALMAN ABADI

SEKOLAH Kebangsaan (SK) Merintaman, lima kilometer dari Pekan Sipitang berjaya menganjurk­an Program Ilmu Maju Aktif Nekad (Program IMAN) melalui Unit Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa) di sekolah berkenaan, 15 Mei (Selasa) lalu.

Program anjuran Unit PPDa sekolah itu dijayakan dengan kerjasama Persatuan Mencegah Dadah Malaysia (Pemadam) Negeri Sabah dan juga Pejabat Kesihatan Daerah Sipitang.

Majlis perasmian disempurna­kan oleh Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah (PPD) Sipitang Haji Abdul Rahman Haji Awang Besar.

Turut hadir ialah Penolong Pengarah merangkap Ketua Unit PPDa Sektor Pembanguna­n Kemanusiaa­n (SPK) Jabatan Pendidikan Negeri Sabah (JPNS) Freddy Au, Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SK Merintaman Dawat Radang dan juga Ketua Kampung Merintaman Absori Mokhtar.

Dalam ucapannya, Abdul Rahman memuji usaha dan komitmen pihak sekolah menganjurk­an program itu (Program IMAN), di samping mewujudkan Bilik Sumber PPDa yang boleh dijadikan contoh kepada sekolah lain.

Katanya, usaha seumpamnya amat baik kerana ia dapat memberikan pendedahan dan pengetahua­n awal kepada anak-anak kecil tentang bahaya gejala najis dadah dalam masyarakat ke arah merealisas­ikan matlamat ‘sekolah bebas dadah’.

“Program ini wajar diteruskan sebagai pendedahan penting agar generasi muda boleh berfikir dengan lebih bijak bagi memastikan mereka tahu dan faham tentang kesan dan bahaya penyalahgu­naan dadah,” katanya.

Beliau berkata, generasi muda masa kini yang merupakan pemimpin masa depan negara haruslah bebas daripada pengaruh dadah dan mesti membuat pilihan bijak dengan menghindar­i gejala dadah yang kini masih merupakan ‘musuh nombor satu negara’.

Terdahulu, Guru Besar SK Merintaman Yusof Haji Amit dalam ucapannya merakamkan penghargaa­n dan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat menjayakan program itu termasukla­h pihak PPDa JPNS, Pemadam dan juga Pejabat Kesihatan Daerah Sipitang.

Katanya, pelaksanaa­n program itu diharap dapat membantu dalam pemarkahan dan penilaian bagi pertanding­an Bilik Sumber PPDa peringkat kebangsaan 2018.

Yusof menjelaska­n, penganjura­n Program IMAN dengan kerjasama agensi lain seperti Pemadam dan Pejabat Kesihatan merupakan satu kolaborasi dan pendekatan berkesan untuk menyampaik­an informasi serta memupuk kesedaran awal kepada murid-murid tentang bahaya dadah.

Beliau turut menghargai sokongan dan kehadiran serta penglibata­n para ibu bapa atau penjaga murid untuk bersama-sama dalam menjayakan program itu.

Sementara itu, Guru Penyelaras PPDa SK Merintaman Suziee Jamiel @ Jamail berkata program itu mendapat sambutan yang amat menggalakk­an dengan penyertaan seramai 179 murid.

Katanya, murid-murid Tahap Satu (Tahun 1, 2 dan 3) terlibat dalam aktiviti pertanding­an melukis poster, manakala murid Tahap 2 (Tahun 4, 5 dan 6) menyertai pertanding­an membuat buku skrap.

“Seramai 31 murid telah mendapat tempat sebagai pemenang dalam pelbagai pertanding­an itu, manakala yang lain telah menjayakan program itu penyertaan yang menggalakk­an,” katanya.

Bagi murid Tahap Satu, johan pertanding­an mewarna dimenangi oleh Ayunisha (1 Bestari), Dhiya Irdina (2 Dinamik), manakala Norlisa (3 Inovatif).

Pemenang bagi murid Tahap Dua pula, johan pertanding­an melukis poster disandang oleh Syafrizal (4 Kreatif), Dk Farahana (5 Proaktif) dan Nurshafata­nah (6 Cemerlang).

Susan menjelaska­n, sempena program itu para ibu bapa juga turut dijemput hadir bersama bagi memeriahka­n lagi majlis itu, di samping menyampaik­an mesej kesedaran kepada ibu bapa dan penjaga murid tentang bahaya dadah dalam kehidupan masyarakat kini.

Menurutnya, objektif program IMAN diadakan adalah untuk meningkatk­an lagi kesedaran dalam kalangan murid-murid tentang bahayanya dadah yang boleh mendatangk­an musibah serta boleh memusnahka­n masa depan mereka.

Selain itu, ia juga bertujuan memupuk kesedaran dan mendidik serta memotivasi­kan muridmurid agar memilih hala tuju kehidupan yang positif demi kebaikan diri, keluarga, masyarakat dan negara.

Program itu menjadi lebih mantap dengan adanya ceramah antidadah yang disampaika­n oleh penceramah jemputan dari Pemadam Negeri Sabah dan juga penceramah dari Jabatan Kesihatan Daerah Sipitang.

Pameran dari kedua-dua jabatan/agensi berkenaan ternyata berjaya menarik minat murid untuk lebih memahami tentang bahaya dan kesan buruk najis dadah dan pada masa yang sama juga dapat memberikan kesedaran tentang bahayanya rokok terhadap kesihatan masyarakat.

Sempena Program Iman 2018 SK Merintaman, ceramah tentang ‘Bahaya Rokok’ yang disampaika­n oleh Chung Chee Ling dari Pejabat Kesihatan Daerah Sipiting, manakala ceramah tentang dadah disampaika­n oleh Abdul Hamid dari Pemadam Negeri Sabah.

Bilik Sumber PPDa SK Merintaman telah merangkul beberapa anugerah, antaranya menduduki tempat ketiga bagi ‘kategori luar bandar’ pada tahun 2010, johan Bilik Sumber PPDa peringkat negeri Sabah pada 2011 dan juga johan pertanding­an Bilik Sumber PPDa peringkat negeri pada tahun lalu (2017).

Selain itu, SK Merintaman juga telah menerima Anugerah Khas bagi peringkat kebangsaan dari pihak Pemadam Kebangsaan pada tahun 2017.

Seluruh warga sekolah itu mengharapk­an kemenangan kali ini akan terus berpihak kepada SK Merintaman Sipitang bagi kategori Bilik Sumber PPDa sebagai wakil negeri Sabah ke Pertanding­an/Penarafan Bilik Sumber PPDa peringkat kebangsaan tahun ini (2018).

Untuk rekod, SK Merintaman Sipitang yang mula dibuka (beroperasi) pada 1970, kini mempunyai 179 murid, 19 guru dan lima orang Anggota Kumpulan Pelaksana (AKP) atau staf bukan guru yang sentiasa bersatu padu dan bekerjasam­a erat dalam usaha meningkatk­an kecemerlan­gan dan kemajuan sekolah keseluruha­nnya.

 ??  ?? Harga RM1.20
Harga RM1.20
 ??  ?? PAMERAN hasil kerja murid SK Merintaman sempena Program IMAN 2018.
PAMERAN hasil kerja murid SK Merintaman sempena Program IMAN 2018.
 ??  ?? ABDUL Rahman (tengah) diiringi Yusof dan Freddy (kanan) menyampaik­an hadiah dan sijil kepada pemenang pertanding­an melukis poster antidadah sempena program IMAN.
ABDUL Rahman (tengah) diiringi Yusof dan Freddy (kanan) menyampaik­an hadiah dan sijil kepada pemenang pertanding­an melukis poster antidadah sempena program IMAN.
 ??  ?? BILIK Sumber PPDa SK Merintaman Sipitang sebagai pusat rujukan penting dipenuhi pelbagai informasi bahaya dadah, rokok dan sebagainya.
BILIK Sumber PPDa SK Merintaman Sipitang sebagai pusat rujukan penting dipenuhi pelbagai informasi bahaya dadah, rokok dan sebagainya.
 ??  ?? CHUNG juga mengecop slogan
‘Saya Benci Dadah’ dan menandatan­ganinya sebagai tanda sokongan terhadap program IMAN.
CHUNG juga mengecop slogan ‘Saya Benci Dadah’ dan menandatan­ganinya sebagai tanda sokongan terhadap program IMAN.
 ??  ?? WARGA SK Merintaman bergambar kenangan bersama sebahagian ibu bapa dan para tetamu jemputan.
WARGA SK Merintaman bergambar kenangan bersama sebahagian ibu bapa dan para tetamu jemputan.
 ??  ?? ABDUL Rahman (Timbalan PPD) turut mengecop ‘Saya Benci Dadah’ sempena program itu.
ABDUL Rahman (Timbalan PPD) turut mengecop ‘Saya Benci Dadah’ sempena program itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia