KEMERIAHAN RAMADAN PERTAMA:

Utusan Borneo (Sabah) - - Muka Depan -

Seperti tahun sebelumnya, tinjauan Utusan

Borneo di Bazar Ramadan Dataran Deasoka mendapati kemeriahan masih jelas kelihatan dengan kehadiran orang ramai yang mengunjungi bazar berkenaan seawal jam 3.30 petang lagi. Dataran Deasoka adalah salah satu lokasi utama yang terletak di tengah pusat bandaraya yang sentiasa menjadi tumpuan pengunjung dalam dan luar negara. DBKK terus mengekalkan Dataran Deasoka sebagai antara 22 lokasi bazar Ramadan bagi menyambut bulan suci Ramadan tahun ini bersamaan 1439 Hijrah. Mayor Bandaraya Kota Kinabalu Datuk Yeo Boon Hai berkata, lokasi berkenaan termasuklah di Sembulan, Asia City, Wisma Merdeka, Indah Permai, Giant Kolombong, City Mall, Pekan Manggatal, Kingfisher dan Taman Awam Teluk Likas.

-Oleh SADDAM EDRIS

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.