Utusan Borneo (Sabah)

Pisba mohon Iranun jadi Adun dilantik

- Oleh ABD NADDIN HJ SHAIDDIN

KOTA KINABALU: PersatuanB­umiputeraI­ranun Sabah (Pisba) memohon kepada Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Shafie Haji Apdal agar melantik salah seorang pemimpin dari suku Iranun sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) dilantik.

Setiausaha Agung Pisba Dato Sharif Perais Haji Sharif Baba berkata, pelantikan pemimpin Iranun ke jawatan itu mampu memberikan manfaat dan menunjukka­n bahawa kerajaan baharu mengiktira­f serta tidak mengetepik­an sumbangan masyarakat dan suku kaum tertentu dalam proses pembanguna­n negeri Sabah.

“Denganadan­yapelantik­an iu kelak, semua kaum di Sabah diwakili dan mempunyai wakil rakyat masing-masing di Dewan Undangan Negeri Sabah,” katanya.

Menurutnya, pelantikan itu juga amat tepat untuk mengenang jasa salah seorang pengasas Warisan Kota Belud, Allahyarha­m Haji Mastan Haji Hassan yang banyak memberi sumbangan kepada Warisan.

Selainitu,sukukaumIr­anun juga memberi sokongan kepada calon-calon Warisan dalam PRU14 yang lepas kerana menyokong agenda perubahan dan manifesto Warisan.

Sehubungan itu, beliau meminta Ketua Menteri mempertimb­angkan cadangan agar salah seorang pemimpin Iranun dilantik sebagai salah seorang Adun dilantik.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia