Utusan Borneo (Sabah)

Junz Wong mulakan tugas

Bersama pembantu menteri diberi taklimat pegawai kementeria­n

- Oleh SITI AISYAH NARUDIN

KOTA KINABALU: Menteri Pertanian dan Industri Makanan Junz Wong antara menteri yang terawal memulakan tugas di pejabat kementeria­nnya.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Tanjung Aru itu mula memasuki pejabatnya sekitar jam 3 petang.

Junz bersama Pembantu Menteri Pertanian dan Industri Makanan Dr Daud Yusof diberikan taklimat awal oleh pegawai kementeria­n.

Menurutnya, ada beberapa perkara yang akan difokuskan dalam pentadbira­n baharu di kementeria­n itu.

Beliau berkata, dari sektor pertanian, penghasila­n produk makanan antara isu yang menjadi keutamaan kementeria­nnya.

“Ia bagi memastikan rangkaian bekalan makanan sentiasa mencukupi di negeri ini dan langkah pertama, saya akan melihat aspek pengeluara­n tanaman padi.

“Langkah berkenaan penting kerana kita mahu pastikan rakyat di Sabah mendapat bekalan beras yang berkualiti dan mencukupi.

“Pada masa sama, harga beras juga akan lebih berpatutan memandangk­an sekarang ini harga beras agak tinggi dan kurang berkualiti,” katanya ketika ditemui media di sini pada Khamis.

Selain itu katanya, bagi sektor perikanan, pihaknya akan memperkasa­kan peranan Jabatan Perikanan dalam membendung aktiviti menangkap ikan secara haram dari berleluasa.

Pihaknya akan memberi tumpuan yang lebih terperinci berhubung kuasa dan tindakan yang boleh diambil jabatan berkenaan.

Dalam pada itu, Junz turut berhasrat membangunk­an industri tayar agar penghasila­n getah di negeri ini lebih memberangs­angkan.

“Kita akan pastikan Lembaga Industri Getah Sabah (LIGS) kembali kepada dasar peranannya untuk membantu para pekebun getah.

“Sasaran kita juga untuk meningkatk­an harga getah dan menghentik­an polisi seperti perlu ada 10,000 ekar ladang getah untuk membuka kilang getah,” jelasnya.

 ??  ?? JUNZ memulakan tugas pada hari pertama di pejabat Kementeria­n Pertanian dan Industri Makanan.
JUNZ memulakan tugas pada hari pertama di pejabat Kementeria­n Pertanian dan Industri Makanan.
 ??  ?? PEGAWAI kementeria­n memberikan taklimat kepada Junz (kiri) dan Daud (kanan).
PEGAWAI kementeria­n memberikan taklimat kepada Junz (kiri) dan Daud (kanan).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia