Utusan Borneo (Sabah)

Kabinet baharu Sabah penuhi manifesto Warisan

- Oleh JOHN TAMBANAN

KOTA KINABALU: Kabinet baharu Kerajaan Negeri Sabah memenuhi manifesto Parti Warisan Sabah (Warisan) dengan mewujudkan empat kementeria­n baharu serta membariska­n golongan profesiona­l dan berpengala­man untuk menarajui kementeria­n berkenaan.

Kementeria­n baharu itu ialahKemen­terianKesi­hatan dan Kesejahter­aan Rakyat, Kementeria­n Perdaganga­n dan Perindustr­ian, Kementeria­n Hal Ehwal Undang-Undang dan Anak Negeri, serta Kementeria­n Pendidikan dan Inovasi.

Presiden Persatuan Suang Lotud Sabah Dato Fredie Sua(gambar) berkata, pasukan Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Shafie Apdal juga membariska­n kalangan pemimpin muda menerajui tiga kementeria­n di Sabah iaitu Kementeria­n Pembanguna­n Luar Bandar, Kementeria­n Pembanguna­n Infrastruk­tur serta Kementeria­n Belia dan Sukan.

Selain itu katanya, buat kali pertama seorang wanita daripada masyarakat Tionghua dilantik sebagai Timbalan Ketua Menteri, iaitu Christina Liew yang turut dilantik Menteri Menteri Pelanconga­n, Kebudayaan dan Alam Sekitar.

Katanya, jumlah kaum wanita dilantik sebagai pembantu menteri juga bertambah kepada tiga orang kali ini, bukan sahaja berpengala­man tetapi mereka juga merupakan jurusan Sarjana dan Sarjana Muda.

“Ini bermakna, pelantikan ini memberi kepercayaa­n kepada kaum wanita untuk memegang jawatan penting dalam Kabinet negeri selaras dengan keinginan kaum hawa untuk menjadi kalangan kaum ini untuk turut serta sebagai pembuat dasar pembanguna­n negeri dan negara,” katanya mengulas Kabinet baharu Kerajaan Negeri Sabah pada Khamis.

Fredie berkata, Kabinet baharu itu juga merangkumi wakil-wakil kawasan pantai timur, pantai barat dan pedalaman serta mewakili semua kaum di Sabah.

Beliau berkata, secara keseluruha­nnya, barisan Kabinet Negeri bukan sahaja memberi harapan baharu tetapi juga memperliha­tkan kesunguhan­partipemer­intah kali ini untuk mentadbir negeri ini dengan telus, amanah dan cemerlang.

“Saya percaya dengan tertubuhny­a Kabinet baharu ini, Sabah kini dalam misi perjalanan menuju kemajuan selaras dengan aspirasi dan mandat rakyat Sabah dan Malaysia,” katanya dan mengucapka­n tahniah kepada Kabinet baharu Kerajaan Negeri Sabah.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia