Pecah amanah wang milik yayasan, suami isteri didakwa

Utusan Borneo (Sabah) - - Tempatan -

PETALINGJAYA:Sepasangsuami isteri dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini, pada Khamis atas pertuduhan melakukan pecah amanah wang milik Yayasan Budi Penyayang melebihi RM2 juta, lapan tahun lepas.

Helmy Abdul Halim, 43, dan isterinya, Shanizarina Shamsuddin, 43, mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan terhadap merekadibacakansecaraberasingan di hadapan Hakim Datin Fadzlin Suraya Mohd Suah.

Mengikut pertuduhan pertama hingga kelapan, Shanizarina sebagai eksekutif kanan pentadbiran dan kewangan yayasan itu yang telah diamanahkan dengan wang yayasan tersebut telah melakukan pecah amanah melibatkan jumlah RM1,085,296 dengan cara menyalahgunakan harta tersebut untuk kegunaan peribadi.

Wanitaitujugatelahmemasukkan wang ke dalam akaun suaminya, Helmy yang bukan kakitangan yayasan tersebut.

Bagi kesalahan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 408 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 14 tahun dan sebat serta denda jika sabit kesalahan.

Helmy yang bekerja sendiri turut dituduh atas empat pertuduhan bersubahat dengan Shanizarina melakukan pecah amanah terhadap wang Yayasan Budi Penyayang berjumlah RM972,936.35.

Pertuduhan mengikut Seksyen 408 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 109 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman maksimum 14 tahun dan sebatan dan denda jika sabit kesalahan.

Kesemua kesalahan itu didakwa dilakukan di Yayasan Budi Penyayang, Tingkat 3, Wisma Equine, Bandar Putra Permai, Seri Kembangan, di sini, antara April 2010 dan Nov 2013.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, Ashyraf Ashy’ari Kamaruzaman menawarkan jaminan RM100,000 untuk kesemua pertuduhan dengan seorang penjamin bagaimanapun kedua-dua tertuduh yang diwakili peguamAzimahCheMatmemohon jaminan rendah atas alasan perlu menanggung lima orang anak selain isterinya sudah tidak bekerja.

Mahkamah membenarkan Helmy diikat jamin RM32,000 dan Shanizarina RM64,000 dengan seorang penjamin beserta syarat tambahan pasport diserahkan kepadamahkamahdanmenetapkan 11 Jun untuk sebutan semula kes.Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.