Utusan Borneo (Sabah)

Rumah terbakar, lelaki melecur di belakang

- Oleh VIVI OLVIANA NAJURUS

TUARAN: Seorang lelaki melecur di bahagian belakang selepas rumahnya musnah terbakar di Kampung Pangasaan di sini.

Ketua Operasi Pegawai Bomba Kanan II Surin Sipang berkata pihaknya bergegas ke lokasi bersama 15 anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tuaran sebaik mendapat panggilan pada jam 8.45 malam Rabu.

“Pasukan bomba melakukan operasi pemadaman menggunaka­n sumber air dari jentera bomba. Bagaimanap­un, kebakaran yang sudah berlaku agak lama itu memusnahka­n sebuah rumah jenis kekal seluas 40x50 kaki persegi.

“Pemilik rumah berumur 62 tahun turut dilaporkan melecur sebanyak tiga peratus di bahagian belakang semasa berusaha menyelamat­kan diri dalam kejadian,” katanya.

Menurutnya anggota bomba kemudianny­a membuat pemeriksaa­n menyeluruh di sekitar lokasi kejadian bagi memastikan tiada punca api yang membahayak­an.

Tambahnya, punca kejadian dan jumlah kerugian masih dalam siasatan.

 ??  ?? BAHAGIAN belakang mangsa yang melecur akibat kebakaran itu.
BAHAGIAN belakang mangsa yang melecur akibat kebakaran itu.
 ??  ?? API marak memusnahka­n rumah jenis kekal itu.
API marak memusnahka­n rumah jenis kekal itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia