Utusan Borneo (Sabah)

APMM Semporna patahkan cubaan sekumpulan perompak

-

SEMPORNA: Agensi Penguatkua­saan Maritim Malaysia(APMM)mematahkan cubaan sekumpulan perompak daripada merompak nelayan di perairan Semporna pada Rabu.

Pengarah APMM Zon Maritim Semporna Leftenan Komander (M) Amiludin Yenggah berkata sebuah bot maritim diarahkan ke lokasi kejadian di kawasan Pulau Kerindinga­n.

“Arahan diberikan untuk siasatan dan pemantauan susulan maklumat awal yang kita terima pada kira-kira jam 6.30 petang daripada mangsa (nelayan tempatan),” katanya.

Amiluddin berkata hasil pemantauan selama hampir 10 jam itu membuahkan hasil apabila pasukannya mengesan bot yang dinaiki empat suspek perompak pada jam 3.15 pagi.

Bagaimanap­un, bot yang dinaiki keempat-empat suspek memecut laju sebaik menyedari kehadiran bot APMM sehingga menyebabka­n mereka dikejar oleh agensi terbabit.

“Mereka disyaki muncul kembali di lokasi terbabit kerana mahu melakukan rompakan lain selepas cubaan pertama mereka gagal, namun terserempa­k dengan pasukan kita.

“Kita juga sudah mengarahka­n mereka berhenti namun arahan itu tidak diendahkan, malah suspek-suspek terbabit dilihat mencampakk­an sesuatu ke dalam laut.

“Kemungkina­n alat dan senjata untuk merompak (barang yang dicampak), dan setibanya di perkampung­an air Tampi-Tampi, mereka terjun ke laut lalu meloloskan diri,” katanya.- Oleh Amir Anuar

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia