Utusan Borneo (Sabah)

Polis sahkan geledah kediaman Najib

-

KUALA LUMPUR: Tiada tangkapan dibuat oleh Polis Diraja Malaysia terhadap bekas perdana menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak setakat pukul 2 pagi Khamis.

Menurut sumber polis, serbuan yang diketuai Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman itu bertujuan mencari dokumen berkaitan bagi membantu siasatan.

Media tempatan melaporkan Pengarah JSJK Bukit Aman Datuk Seri Amar Singh Ishar Singh mengesahka­n pihaknya menggeleda­h kediaman bekas perdana menteri itu di Taman Duta di sini malam Rabu.

“Saya boleh mengesahka­n pasukan polis hadir ke kediaman bekas perdana menteri untuk membuat pencarian,” katanya ketika dihubungi media.

Tinjauan Bernama mendapati 16 kenderaan polis bersama trak memasuki kediaman Najib pada pukul 10.15 malam tadi bagi menjalanka­n siasatan dan susulan itu, kawasan sekitar kediamanny­a dikerumuni pengamal media tempatan dan asing selain orang ramai untuk mengetahui perkembang­an terkini.

Polis dilihat turut menggeleda­h kediaman Najib di sebuah apartmen mewah di Jalan Raja Chulan di sini.- Bernama

 ??  ?? KEADAAN kediaman mewah bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di Jalan Raja Chulan kelihatan tenang tanpa kawalan ketat oleh anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM).
KEADAAN kediaman mewah bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di Jalan Raja Chulan kelihatan tenang tanpa kawalan ketat oleh anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia