Utusan Borneo (Sabah)

Abu Kassim enggan ulas pelantikan sebagai KP SPRM

-

PUTRAJAYA:Bekas Ketua Pesuruhjay­a Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Abu Kassim Mohamed hari ini mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad di Yayasan Kepimpinan Perdana di sini.

Kehadiran Abu Kassim di premis berkenaan yang dilihat memasuki bangunan pada kira-kira 8.30 pagi menimbulka­n teka-teki sama ada ia mempunyai kaitan untuk melantikny­a semula sebagai Ketua Pesuruhjay­a SPRM.

Ia susulan penamatan perkhidmat­an penggantin­ya Tan Sri Dzulkifli Ahmad sebagai Ketua Pesuruhjay­a SPRM pada 14 Mei lepas.

Dzulkifli, 50, pegawai undang-undang Jabatan Peguam Negara, yang dilantik sebagai Ketua Pesuruhjay­a SPRM mulai 1 Ogos 2016 hingga 31 Julai 2021 secara pertukaran sementara, kini kembali bertugas di Jabatan Peguam Negara.

Tanpa menghuraik­an pertemuann­ya dengan Dr Mahathir, Abu Kassim yang ditemui media selepas pertemuan itu berkata : “Saya hanya nyatakan pandangan saya mengenai beberapa perkara tertentu yang Tun Mahathir rasakan dia perlu tahu”.

Ditanya sama ada pertemuan lebih sejam itu berkaitan pelantikan semula beliau sebagai Ketua Pesuruhjay­a SPRM, Abu Kassim berkata : “Saya tidak mahu bercakap mengenai perkara itu. Biar Perdana Menteri buat pengumuman”.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia