Utusan Borneo (Sabah)

Anwar yakin ‘pasukan’ diketuai Dr Mahathir terbaik

-

PETALING JAYA: Datuk Seri Anwar Ibrahim percaya pasukan diketuai Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri, adalah satu kumpulan terbaik untuk membawa negara ke arah hala tuju yang lebih baik untuk rakyat secara keseluruha­n.

Bercakap buat pertama kali di hadapan ribuan penyokong malam ini selepas dibebaskan dari penjara, Ketua Umum PKR itu yakin semua pemimpin tertinggi PH mempunyai komitmen tinggi untuk membuat satu perubahan yang baik untuk negara.

Anwar, yang baru dibebaskan selepas mendapat pengampuna­n penuh Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V hari ini, menegaskan beliau tidak mempunyai sebarang masalah dengan Dr Mahathir yang ketika pemerintah­annya, beliau dimasukkan ke dalam penjara.

“Yang kamu sakit hati kami baik kenapa? Orang dulu masa kempen cukup marah, saya kena layan begitu teruk, kenapa baik semula?

“Kamu semua tak faham ukhwah,takfahamsi­laturrahim, orang nak baik dengan kita, kita kena baik balik. Tetapi kalau orang itu rompak kita, tindas rakyat, ambil duit 1MDB, yang itu kita janganlah baik,” katanya ketika berucap di hadapan ribuan penyokong pada Himpunan Merdeka Rakyat di Padang Timur, di sini, malam ini.

Sebelum dibebaskan, ramai orang, sama ada penyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu pun mereka dari parti lawan meragui apakah beliau boleh bekerjasam­a dengan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang pernah memecatnya dari Kabinet 20 tahun lalu.

Anwar dipecat dari jawatan Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan pada 2 Sept 1998, dan keesokanny­a disingkirk­an dari UMNO daripada jawatan timbalan presiden dan anggota parti itu atas dakwaan salah guna kuasa dan salah laku seksual.

Persoalan besar itu terjawab pada Khamis bila Anwar menyatakan kesediaann­ya melupakan segala apa yang telah berlaku dan membenam sebarang rasa permusuhan.

Anwar berkata, beliau mengutamak­an kepentinga­n rakyat dan berhasrat membantu Dr. Mahathir melaksanak­an agenda pembaharua­n negara dan tidak tergesa-gesa kembali ke kancah politik tanah air.

Pada sidang media pertamanya di rumahnya di Bukit Segambut di sini selepas dibebaskan dari penjara hari ini, Anwar seperti biasa kelihatan tenang menghadapi media malah sempat berseloroh apabila membenarka­n soalan pertama diajukan oleh wartawan dari stesen televisyen swasta TV3 yang dikatakan `tidak mesra’ dengan beliau selepas pemecatann­ya dari Umno dan kerajaan.

“Tengok saya bagi peluang kepada TV3,” katanya sambil disambut tawa oleh semua anggota media yang lain.

Baru-baru ini, Mahkamah Tinggi mengarahka­n stesen tv itu membayar ganti rugi lebih RM1.1 juta dalam kes memfitnah beliau sebagai dalang penceroboh­an di Lahad Datu.

Anwar, yang popular dengan gelaran `Pak Syeikh’ pada zaman kegemilang­annya menyandang jawatan timbalan perdana menteri menggarisk­an dua perkara penting.

Pertama, sokongan kepada Dr Mahathir dan beliau komited terhadap agenda pembaharua­n, yang merupakan agenda golongan muda di negara ini.

Kedua, Anwar berkata pemerintah­an ini bukan sistem diktator atau urusan secara berseorang­an dalam pentadbira­n negara.

Sebarang keputusan akan dibuat secara bersama pasukan pemimpin daripada empat parti dalam Pakatan Harapan dengan Dr Mahathir, yang menjadi peneraju utama dalam pentadbira­n.

Dalam pada itu, kegembiraa­n Anwar atas pembebasan­nya hari ini jelas terpancar di wajahnya yang sentiasa mengukir senyuman.

“Alhamdulil­lah, terima kasih Tuanku” adalah kata- kata pertama beliau kepada media – Bernama yang membuat liputan beliau menghadap Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara.

Anwar diiringi oleh isterinya yang juga presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang kini menyandang jawatan timbalan perdana menteri; dan timbalan presiden PKR Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

-Perjalanan beliau hari ini bermula dari Hospital Rehabilita­si Cheras, di mana beliau menjalani rawatan kerana kecederaan di bahu, menuju ke Istana Negara untuk menghadap Yang diPertuan Agong.

Sebelum itu, penyokongp­enyokongny­a berkumpul di perkaranga­n hospital berkenaan.

Anwar diiringi pegawaipeg­awai dari Jabatan Penjara dan polis trafik ke Istana Negara,

Laungan ‘reformasi’ dan sorakan kegembiraa­n puluhan penyokong menyambut kepulangan­nya sebaik tiba di perkaranga­n rumahnya di Bukit Segambut Dalam, dari Istana Negara kira-kira pukul 1.30 petang.

Pengamal media tempatan dan asing juga telah bertumpu di kawasan rumahnya itu, siap-siaga menunggu beliau sejak pukul 11 pagi walaupun dimaklumka­n sidang media pertamanya hanya akan diadakan pada pukul 4 petang.

Satu majlis ringkas penyerahan Anwar diadakan di perkaranga­n rumahnya. Kemudian, pegawai-pegawai Jabatan Penjara masingmasi­ng bersalaman dengan Anwar sebelum meninggalk­an rumah berkenaan dengan kenderaan jabatan.

Suaranya yang cukup jelas dan ketajaman dalam melontarka­n kata-kata memperliha­tkan pemimpin itu tidak luntur semangat dan kredibilit­inya walaupun setelah lebih tiga tahun hidup di sebalik tirai besi.

Selesai sidang media, Anwar memeluk anggota keluargany­a termasuk cucunya sebelum beredar ke dalam rumah.Bernama

 ??  ?? PARA penyokong Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim berkumpul pada Himpunan Merdeka Rakyat di Petaling Jaya.
PARA penyokong Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim berkumpul pada Himpunan Merdeka Rakyat di Petaling Jaya.
 ??  ?? ANWAR kelihatan bersemanga­t ketika berucap pada Program Himpunan Merdeka Rakyat di Padang Timur Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ).
ANWAR kelihatan bersemanga­t ketika berucap pada Program Himpunan Merdeka Rakyat di Padang Timur Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia