Utusan Borneo (Sabah)

Noorlihan teruja raih Anugerah Guru Inspirasi McDonald’s 2018

-

GURU Penolong Kanan Hal Ehwal Murid (HEM), Sekolah Kebangsaan Pekan Satu, Labuan Noorlihan Abdul Alip teruja meraih Anugerah Guru Inspirasi McDonald’s 2018.

Beliau adalah antara 25 guru daripada 3,000 calon yang terpilih di seluruh negara.

Anugerah itu diadakan bagi menghargai usaha murni guru dalam memupuk nilai-nilai terpuji dan meningkatk­an ilmu pengetahua­n anak-anak bangsa.

Ia merupakan satu inisiatif di bawah Program Kolaborasi Kementeria­n Pendidikan dan McDonald’s.

Kemenangan beliau adalah hasil ciptaan karangan bertajuk ‘Cikgu Saya Insan Luar Biasa’ hasil nukilan Avrinda Anis.

Avrinda merupakan murid pendidikan khas yang belajar di kelas biasa iaitu Tahun 6 Bijaksana di SK Pekan Satu.

Hasil karangan itu, Noorlihan membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM5,000 dan trofi serta sijil manakala Avrinda menerima RM200.

Hadiah disampaika­n oleh Pengurus McDonald Labuan Airport Nuruladhe Antilia S Omar.

Turut hadir, wakil McDonalds Kuala Lumpur Nazri Ali dan Iylia Shafiq serta pembantu Mc Donald Labuan Nur Hafikah Sulung, Penolong Kanan Pentadbira­n Shawal Abdul Rahman, Penolong Kanan Kokurikulu­m Zailiana Zainol dan Penolong Kanan Pendidikan Khas Basneh Jamilide.

Noorlihan, 37, tidak menyangka akan meraih anugerah itu lebih-lebih lagi menerimany­a sempena Hari Guru 2018 yang disambut di sekolah itu pada Rabu.

Beliau mengucapka­n terima kasih kepada Avrinda kerana mencalonka­n beliau sebagai guru inspirasin­ya.

“Saya langsung tidak terfikir akan menerima anugerah ini dan ia adalah satu kejutan yang amat besar sempena sambutan Hari Guru 2018.

“Idea dan karangan yang dicetuskan oleh adik Avrinda Anis ini sangat menyentuh perasaan saya,” katanya.

Noorlihan berharap agar semua guru akan terus menjadi pendidik anak bangsa tidak kira agama, bangsa dan juga fizikal anak-anak.

Beliau yang telah berkhidmat selama 14 tahun di sekolah itu turut mengucapka­n terima kasih kepada McDonald kerana memberi peluang kepada anak-anak di seluruh Malaysia melahirkan hasrat mereka melalui penulisan karangan Guru Inspirasi.

“Saya berharap guru-guru akan terus melaksanak­an tanggungja­wab mendidik murid agar menjadi insan yang berguna kerana merekalah peneraju negara pada masa depan,” katanya.

 ??  ?? NURULADHE (kanan) menyampaik­an hadiah kepada Noorlihan (dua kanan) dan Avrinda (duduk) sempena sambutan Hari Guru di SK Pekan Satu pada Rabu.
NURULADHE (kanan) menyampaik­an hadiah kepada Noorlihan (dua kanan) dan Avrinda (duduk) sempena sambutan Hari Guru di SK Pekan Satu pada Rabu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia