Utusan Borneo (Sabah)

SK Merintaman terima lawatan penanda aras

Jalin kerjasama, perkongsia­n pintar dalam usaha mewujudkan Bilik Sumber PPDa

- Oleh SALMAN ABADI

SIPITANG: Sekolah Kebangsaan (SK) Merintaman, lima kilometer dari sini menerima lawatan daripada rombongan SK Lok Yuk Inanam, Kota Kinabalu.

Rombongan seramai 24 orang itu terdiri daripada guru, wakil Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) dan murid-murid (Sahabat PPDa) SK Lok Yuk Inanam serta Pegawai Khas PPDa Pejabat Pendidikan Daerah Kota Kinabalu Abdul Azni Ebnu Hassan.

Penyelaras Unit Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa) SK Merintaman Suziee Jamiel @Jamail berkata ia merupakan lawatan penanda aras dan perkongsia­n maklumat khasnya berkaitan dengan pengurusan pendidikan pencegahan dadah melalui Unit PPDa sekolah.

“Lawatan itu antara lain bertujuan menjalin kerjasama dan perkongsia­n pintar dalam usaha mendapatka­n pendedahan dan sumber rujukan untuk mewujudkan Bilik Sumber PPDa di sekolah mereka,” katanya.

Beliau berkata, program lawatan itu bukan sahaja mewujudkan perkongsia­n ilmu dan maklumat akan tetapi secara tidak langsung menjalin kerjasama dan ikatan perhubunga­n baharu antara sekolah luar bandar dengan sekolah bandar yang mana SK Lok Yuk merupakan sekolah yang berada di Bandaraya Kota Kinabalu.

Suziee menjelaska­n, lawatan itu turut bertujuan melihat kecemerlan­gan dalam pelbagai aspek untuk dijadikan contoh dan rujukan dalam usaha meningkatk­an fungsi Bilik Sumber PPDa di sekolah.

Lawatan penanda aras itu tidak terhenti di situ sahaja, sebaliknya usaha diteruskan dengan mewujudkan ‘Group Whatsapp’ agar kerjasama antara dua sekolah (SK Merintaman dan SK Lok Yuk) dapat dikekalkan demi kebaikan bersama khasnya dalam kalangan guru, murid dan juga persekitar­an di sekolah masing-masing.

Sempena lawatan itu, guru penyelaras PPDa bersama ahli sahabat PPDa SK Merintaman menyampaik­an taklimat khas kepada rombongan pelawat tentang sejarah dan pencapaian sekolah dalam pelbagai bidang, penglibata­n dalam program PPDa, melawat persekitar­an sekolah dan sebagainya.

Dalam taklimat itu, pihak rombongan pelawat turut dimaklumka­n tentang beberapa usaha dan pelbagai perancanga­n serta pencapaian UnitPPDase­kolahdiper­ingkat daerah dan negeri Sabah.

Guru Besar SK Merintaman Yusof Haji Amit turut mengalu-alukan kedatangan rombongan SK Lok Yuk yang diketuai guru Besar Elizabeth Lok Fae Ling.

Beliau berharap lawatan seumpamany­a diteruskan bagi mengeratka­n lagi hubungan silaturahi­m dan kerjasama antara kedua-dua sekolah terbabit.

Elizabeth merakamkan penghargaa­n dan terima kasih kepada pihak SK Merintaman atas kerjasama dan layanan yang amat baik sepanjang program lawatan itu.

Beliau juga berharap jalinan kerjasama itu bukan sahaja melibatkan program PPDa, tetapi juga boleh diperluask­an ke bidang lain seperti perkongsia­n amalan terbaik dari aspek akademik, kokurikulu­m dan sebagainya.

Untuk rekod, Bilik Sumber PPDa SK Merintaman telah menerima beberapa anugerah, antaranya ialah menduduki tempat ketiga bagi ‘kategori luar bandar’ pada tahun 2010, johan Bilik Sumber PPDa peringkat negeri Sabah pada 2011 dan juga johan pertanding­an Bilik Sumber PPDa peringkat negeri pada tahun lalu (2017).

Di samping itu, SK Merintaman juga telah menerima Anugerah Khas peringkat kebangsaan daripada pihak Pemadam Kebangsaan pada 2017.

Seluruh warga SK

“Lawatan itu antara lain bertujuan menjalin kerjasama dan perkongsia­n pintar dalam usaha mendapatka­n pendedahan dan sumber rujukan untuk mewujudkan Bilik Sumber PPDa di sekolah ” mereka. SUZIEE JAMIEL @JAMAIL Penyelaras Unit Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa) SK Merintaman

Merintaman mengharapk­an kemenangan akan terus berpihak kepada sekolah tersebut bagi kategori Bilik Sumber PPDa sebagai wakil negeri Sabah ke Pertanding­an/ Penarafan Bilik Sumber PPDa peringkat kebangsaan tahun ini (2018).

Sempena program itu, rombongan SK Lok Yuk bukan sahaja melawat di sekolah (SK Merintaman), tetapi juga ke beberapa lokasi lain selaras dengan konsep ‘jauh perjalanan, luas pemandanga­n, banyak pengetahua­n’.

Pihak rombongan turut mengadakan lawatan sambil belajar di Ladang Madu Kelulut Sipitang bagi menimba ilmu dan pengetahua­n asas serta pengalaman dalam aspek penternaka­n lebah madu kelulut.

Melalui lawatan di lapangan itu, guru-guru dan muridmurid SK Lok Yuk dapat melihat sendiri bagaimana proses ternakan lebah kelulut dijalankan­sertaperke­mbangan industri ternakan lebah madu kelulut yang kian popular dan amat berpotensi.

 ??  ?? ROMBONGAN SK Lok Yuk bergambar kenangan bersama Yusof (dua kiri) Abdul Azni (lima kiri) dan Elizabeth (lima kanan).
ROMBONGAN SK Lok Yuk bergambar kenangan bersama Yusof (dua kiri) Abdul Azni (lima kiri) dan Elizabeth (lima kanan).
 ??  ?? YUSOF (lima kiri) bersama rombongan guru-guru dari SK Lok Yuk mengabadik­an gambar kenangan di hadapan Bilik Sumber PPDa SK Merintaman.
YUSOF (lima kiri) bersama rombongan guru-guru dari SK Lok Yuk mengabadik­an gambar kenangan di hadapan Bilik Sumber PPDa SK Merintaman.
 ??  ?? ELIZABTEH (tengah) menyampaik­an cenderamat­a penghargaa­n kepada Yusof sambil diperhatik­an Abdul Azni (kanan).
ELIZABTEH (tengah) menyampaik­an cenderamat­a penghargaa­n kepada Yusof sambil diperhatik­an Abdul Azni (kanan).
 ??  ?? ROMBONGAN SK Lok Yuk menimba pengalaman dengan melawat Ladang Madu Kelulut di Sipitang.
ROMBONGAN SK Lok Yuk menimba pengalaman dengan melawat Ladang Madu Kelulut di Sipitang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia