Utusan Borneo (Sabah)

PeKaMara Zon Borneo jayakan program khidmat masyarakat di Sri Pritchard

-

KOTA KINABALU: Persatuan Kaunseling Mara Malaysia (PeKaMara) Zon Borneo berjaya melaksanak­an program khidmat masyarakat di Rumah Warga Tua Sri Pritchard Kinarut Papar di sini.

PeKaMara Zon Borneo merupakan himpunan kaunselor yang bertugas di institusi pendidikan Mara seperti Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) atau Institut Kemahiran Mara (IKM) yang terdapat di zon Borneo iaitu Sabah dan Sarawak.

Program itu bertujuan mengeratka­n hubungan antara kaunselor Mara dengan komuniti setempat, selain menjadi salah satu saluran untuk membina serta mendorong para kaunselor Mara menyemai semangat kekitaan, jati diri dan keprihatin­an antara satu sama lain.

Ahli PeKaMara terdiri daripada para kaunselor pendidikan Mara melibatkan MRSM, IKM dan juga Kolej Mara seluruh negara.

Antara aktiviti yang dijalankan sepanjang program itu ialah aktiviti senaman sihat, sesi suai kenal, penerangan tentang diet dan sesi beramah mesra dengan warga tua.

“Aktiviti ini dilaksanak­an secara santai, sesuai dengan tema program iaitu ‘senyum dan mesra’,” kata kaunselor MRSM Kota Kinabalu Jolifuliza­n Jais.

Katanya, seramai 12 kaunselor yang terlibat ialah MRSM Kota Kinabalu, MRSM Sandakan dan MRSM Semporna di Sabah, selain MRSM Kuching, Mukah dan Betong serta IKM Kota Kinabalu, IKM Kuching dan IKM Bintulu di Sarawak.

Rombongan PeKaMara diberi taklimat oleh Pegawai Penguasa Rumah Warga Tua Sri Pritchard Kinarut, Lucina Loijim.

Selain program khidmat masyarakat, PeKaMara Zon Borneo juga melaksanak­an mesyuarat kali pertama bertempat di Bilik Mesyuarat MRSM Kota Kinabalu.

Mesyuarat berkenaan dipengerus­ikan oleh Ahmad Ritaudeen Janudin iaitu kaunselor dari MRSM Tun Mohammad Fuad Stephens (TMFS) Sandakan.

Antara agenda yang dibincangk­an adalah mengenai cadangan pengisian program sepanjang tahun 2018 serta pelantikan ahli jawatankua­sa (AJK)baharudala­mPeKaMara Zon Borneo.

Hadir sama ialah Pengetua MRSM Kota Kinabalu, Gilbert Wong Kia Kiat.

Oleh

SALMAN ABADI

 ??  ?? AHLI PeKaMara Zon Borneo bergambar kenangan bersama Lucina (berdiri, tengah).
AHLI PeKaMara Zon Borneo bergambar kenangan bersama Lucina (berdiri, tengah).
 ??  ?? WAKIL PeKaMara Zon Borneo bersama Jolifuliza­n Jais (kiri) menyampaik­an cenderamat­a kepada Gilbert (tiga kanan).
WAKIL PeKaMara Zon Borneo bersama Jolifuliza­n Jais (kiri) menyampaik­an cenderamat­a kepada Gilbert (tiga kanan).
 ??  ?? AKTIVITI senaman sihat bersama penghuni Rumah Warga Tua Sri Pritchard.
AKTIVITI senaman sihat bersama penghuni Rumah Warga Tua Sri Pritchard.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia