Utusan Borneo (Sabah)

UMS sumbang RM30,000 dana alumni kepada fakulti

-

KOTA KINABALU: Sejumlah RM30,000 sumbangan diperuntuk­kan Universiti Malaysia Sabah (UMS) bagi membantu aktiviti alumni di peringkat fakulti.

Naib Canselor UMS Prof Datuk Dr D Kamarudin D Mudin berkata, peruntukan itu disumbangk­an bertujuan memberi bantuan kepada pihak fakulti menjalanka­n aktiviti berkaitan alumni masing-masing dengan lebih berkesan.

“Semoga usaha murni ini terus mendapat sokongan dan kerjasama daripada pihak pengurusan dan fakulti untuk sama-sama memastikan hubungan dengan alumni UMS terus terjalin erat,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Penyerahan Sumbangan Dana Alumni kepada 10 fakulti UMS di Dewan Auditorium Pascasiswa­zah.

Menurut beliau, daripada jumlah sumbangan yang diperuntuk­kan itu, setiap fakulti menerima bahagian samarataia­itumasing-masing mendapat RM3,000.

“Justeru, saya berharap paradekand­apatmemant­au dan mengambil penekanan serius bagi memastikan aktiviti berkaitan alumni di fakulti masing-masing berjalan lancar,” katanya. Penyampaia­n sumbangan kepada setiap dekan fakulti disempurna­kan Pengerusi Lembaga Pengarah UMS Tun Zaki Tun Azmi.

Untuk rekod, penyaluran sumbangan alumni fakulti itu merupakan inisiatif di bawah Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) Prof DrIsmail Ali melalui Pusat Alumni UMS.

Hadir sama pada majlis itu, Pengarah Pusat Alumni UMS Darwis Awang.

 ??  ?? DEKAN dan wakil dekan setiap fakulti mengambil gambar kenangan selepas menerima cek sumbangan dana alumni fakulti. Turut kelihatan Zaki (belakang, empat dari kanan), Kamarudin (belakang, tiga dari kiri) dan Darwis (depan, dua dari kiri).
DEKAN dan wakil dekan setiap fakulti mengambil gambar kenangan selepas menerima cek sumbangan dana alumni fakulti. Turut kelihatan Zaki (belakang, empat dari kanan), Kamarudin (belakang, tiga dari kiri) dan Darwis (depan, dua dari kiri).
 ??  ?? ZAKI (dua kiri) menyampaik­an cek sumbangan dana alumni kepada Dekan Fakulti Sains dan Sumber Alam Prof Dr Baba Musta sambil diperhatik­an Kamarudin (kiri).
ZAKI (dua kiri) menyampaik­an cek sumbangan dana alumni kepada Dekan Fakulti Sains dan Sumber Alam Prof Dr Baba Musta sambil diperhatik­an Kamarudin (kiri).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia