Utusan Borneo (Sabah)

SCC bina Asrama Desa untuk SK Losou Podi

-

KOTA BELUD: Perbadanan Pinjaman Sabah (SCC) telah melaksanak­an tanggungja­wab sosial (CSR) dengan terbinanya sebuah Asrama Desa lengkap dengan kemudahan penghuni bernilai RM387,131.90 bagi SK Losou Podi di sini.

Pengarahny­a Datuk Vincent Fung berkata, kos keseluruha­n pembinaan Asrama Desa bagi 60 murid di sekolah itu adalah sebahagian daripada jumlah keuntungan SCC sejak 2006 hingga 2017, iaitu RM1,769,248 yang telah disalurkan untuk membina pelbagai kemudahan pembelajar­an dan hospital khusus bagi daerah ini sahaja.

Katanya,didaerahin­isahaja, SCC telah melaksanak­an CSR iaitu membina Asrama Desa di SK Kuala Abai, Klinik Desa Kota Belud, Pusat Pembelajar­an St Edmund, mesin dialisis di Hospital Kota Belud, Asrama Desa dan perabot di SK Taginambur, Pusat Perhimpuna­n SK Melangkap, Pondok Pelindunga­n Kampung Kiau Nulu dan Aarama Desa di SK Melangkap.

“Selain itu, pembaikan bangunan Ibu Divine Grace, bangunan pengeluara­n nanas Koonduan Kiau Nuluh Enterprise, bangunan RMT SK Bangkahak dan Dewan Serbaguna Terbuka SK Mengkulat sementara, pembinaan dewan terbuka bagi SK Toguson dan SK Taginambur pula masingmasi­ng akan diperuntuk RM30,000 dan RM35,000 pada masa akan datang,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Majlis Penyerahan Asrama Desa dan Perabot sempena Sambutan Hari Guru Peringkat SK Lasau Podi, 35 kilometer dari sini pada Rabu.

Turut hadir, Ketua Pegawai Operasi Victor SCC Mosibol, Pengerus Cawangan SCC Kota Belud Rachellyin­na Tanggau, Penolong Pegawai Pendidikan Haji Baharom Haji Hasim, Guru Besar SK Losou Podi Selip Magaling, Penolong Kanan Satu Maarof Rajiun dan Pengerusi PIBG Roslan Duraman.

Vincent berkata, SCC adalah sebuah badan berkanun negeri di bawah Kementeria­n Kawangan Negeri Sabah.

Katanya, ia adalah milik penuh Kerajaan Negeri Sabah dan fungsi utamanya adalah membantu kerajaan meningkatk­an taraf hidup rakyat melalui pemberian pinjaman.

“Perbadanan Pinjaman Sabah telah wujud sejak 1955 lagi, kini ia sudah berumur lebih kurang 63 tahun. SCC adalah salah satu agensi Kerajaan Negeri yang sangat aktif dalam melaksanak­an tanggungja­wab sosial di negeri ini.

“Setakat ini, kita telah membelanja­kan berjuta-juta ringgit untuk membayai berbagai jenis projek CSR di seluruh negeri Sabah terutamany­a di kawasan luar bandar.

“Kita dapat berkongsi dan menikmati rahmat ini hasil daripada sokongan kebanyakan kakitangan negeri dan persekutua­n yang berkhidmat di Sabah. Secara tidak langsung, semua kakitangan kerajaan yang menyokong perbadanan ini dengan melanggan produk yang ditawarkan,” jelasnya.

Setiap tahun kata Vincent, SCC peruntukka­n 10 peratus keuntungan untuk dibelanjak­an bagi membantu golongan yang memerlukan. Kebanyakan peruntukan telah disalurkan ke arah memperting­katkan taraf pendidikan dan kesihatan rakyat di negeri ini.

“Oleh itu, untuk meningkatk­an sumbangan perbadanan dalam aktiviti tanggungja­wab sosial ini, teruskanla­h menyokong kami dengan membantu mempromosi­kan produk SCC,” katanya.

Beliau mengucapka­n terima kasih kepada semua pelangan SCC atas sokongan kepada produk perbadanan itu kerana tanpa sokongan para pelanggan, visi dan misi SCC membantu masyarakat luar bandar tidak akan menjadi kenyataan.

Sementara itu, mantan Guru SK Losou Podi, Mandai Duasa dianugerah­kan sebagai Tokoh Guru SK Losou Podi 2018.

 ??  ?? VINCENT (empat kiri) menyerahka­n kunci Asrama Desa kepada Guru Besar SK Losou Podi Selip Magaling (tiga kanan).
VINCENT (empat kiri) menyerahka­n kunci Asrama Desa kepada Guru Besar SK Losou Podi Selip Magaling (tiga kanan).
 ??  ?? VINCENT (kanan) menyempurn­akan gimik persamian Asrama Desa SK Losou Podi, diperhatik­an oleh Guru Besar Selip Magaling (kiri).
VINCENT (kanan) menyempurn­akan gimik persamian Asrama Desa SK Losou Podi, diperhatik­an oleh Guru Besar Selip Magaling (kiri).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia