Utusan Borneo (Sabah)

Jasa dan perjuangan Masidi sentiasa disanjung penduduk Ranau

- Oleh SALMAN ABADI

RANAU: Senario landskap politik di seluruh negara berubah dan ‘diubah’ selepas keputusan Pilihanray­a Umum Ke-14 (PRU14) pada 9 Mei lalu.

Suasana politik di Sabah Negeri Di Bawah Bayu, bukan lagi ‘bayu’ sebaliknya hembusan angin kuat yang berdesing turut menumbangk­an banyak ‘pokok besar’ yang sebelumnya berdiri kukuh berakar tunjang.

Namun, kuasa rakyat memilih yang baharu untuk mengubah yang lama, ternyata memberi kesan signifikan dan angin perubahan, sekali gus benar-benar merealisas­ikan slogan ‘Sabah Ubah’ selepas PRU yang baru berlalu.

Dalam konteks politik di kawasan Ranau yang melibatkan satu kerusi Parlimen dan tiga kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) - Kundasang, Karanaan dan Paginatan Adun Karanaan Datuk Seri Panglima Masidi Manjun adalah antara penyandang yang berjaya memenangi kerusi itu atas tiket Barisan Nasional (BN).

Penyandang DUN Kundasang Datuk Dr Joachim Gunsalam dan calon baharu yang ditampilka­n oleh BN/Upko Datuk Abidin Madingkir (DUN Paginatan) turut menang.

Bagaimanap­un, penyandang kerusi Parlimen Ranau Datuk Dr Ewon Ebin dan kecundang kepada pihak lawan dari Parti Warisan Sabah (Warisan).

Seorang belia dari KampungLoh­anUluRanau Mohd Syukri Saridih, 25, menyifatka­n Masidi antara pemimpin kesayangan Ranau dan pemimpin yang cemerlang dalam portfolio yang dipegangny­a.

Menurut beliau, antara kejayaan ketara Masidi yang juga bekas Menteri Pelanconga­n, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah di Ranau ialah sebaik sahaja menjadi Menteri Belia dan Sukan, beliau (Masidi) meminta Kompleks Sukan Ranau dibina.

“Hasil daripada pembinaan kompleks itu, sukan di daerah Ranau meningkat naik. Tahun 2017, di peringkat Majlis Sukan-Sukan Malaysia (MSSM), Sabah menjadi juara untuk kali yang pertama,” katanya.

Daripada 14 pingat emas yang dimenangi kontinjen MSS Sabah 2017, tujuh daripadany­a telah disumbangk­an oleh para atlet dari daerah Ranau.

“Tidak secara kebetulan, saya percaya ini banyak disumbangk­an oleh pembinaan kompleks sukan berkenaan,” katanya yang juga seorang usahawan, pereka grafik dan sinematogr­afer serta pengundi di DUN Paginatan.

 ??  ?? MOHD SYUKRI
MOHD SYUKRI

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia