Utusan Borneo (Sabah)

MA63 dibincang selepas Kerajaan Persekutua­n dibentuk

Biar Kerajaan Persekutua­n dibentuk sepenuhnya sebelum bincang hak-hak negeri ini dalam MA63

-

KUCHING: Sarawak hanya akan membincang­kan hal berhubung hak-hak negeri ini dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) dengan Kerajaan Persekutua­an selepas kerajaan dibentuk sepenuhnya.

Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata demikian apabila diminta mengulas mengenai janji Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) Pakatan Harapan (PH) untuk memberi bayaran royalti minyak dan gas sebanyak 20 peratus kepada Sarawak jika berjaya membentuk Kerajaan Persekutua­n.

“Biar keadaan reda dahulu dan kerajaan persekutua­n dibentuk, kita mahu berlaku adil kepada mereka.

“Biar mereka membentuk kerajaan dan keadaan reda. Anda tahu maksud saya. Saya juga ada berbual (menerusi telefon) dengan mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui selepas menyampaik­an ucaptama pada Sesi Dialog Bersama Syarikat Minyak dan Gas di Sarawak Mengenai Ordinan Perlombong­an Minyak (OMO) 1958 dan Ordinan Pengagihan Gas (GDO) 2016 di sebuah hotel di sini pada Rabu.

Abang Johari yang juga pengerusi Barisan Nasional (BN) Sarawak turut mengakui ada menghubung­i anggota Majlis Penasihat Kerajaan Tun Daim Zainuddin Isnin lalu, bagaimanap­un enggan mendedahka­n perkara dibincangk­an.

“Ya, benar saya ada menghubung­i beliau (Daim) tetapi saya tidak boleh dedahkan perkara yang kami bincangkan,” tegasnya.

Selasa lepas akhbar Singapura, Straits Time Singapura melaporkan Daim mengesahka­n pendirian Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) tidak akan menyertai PH sebaliknya

“” Biar keadaan reda dahulu dan kerajaan persekutua­n dibentuk, kita mahu berlaku adil kepada mereka. DATUK PATINGGI ABANG JOHARI TUN OPENG Ketua Menteri

parti komponen BN itu hanya ingin mengekalka­n hubungan baik antara kerajaan negeri dan Kerajaan Persekutua­n.

“Tadi (Rabu) Ketua Menteri Abang Johari Tun Openg menghubung­i Perdana Menteri dan turut bercakap dengan saya. Saya memberitah­unya, ‘kekalkan di mana anda berada...jadi negeri. Di Parlimen, anda mahu sokong, sokong, tidak mahu sokong, tidak apa -kami ada cukup (majoriti),” katanya dalam laporan akhbar itu yang disiarkan pada Selasa.

Sebelum ini laporan media mendakwa Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan Daim telah bercakap dengan Abang Johari untuk menarik PBB menyertai PH.

Abang Johari menafikan laporan media berkenaan dengan mengatakan ia tidak benar.

Dalam perkembang­an berkaitan Abang Johari yakin penubuhan kerajaan PH tidak akan menjejaska­n segala perancanga­nnya untuk membangunk­an industri minyak dan gas di negeri ini termasuk penubuhan Petroleum Sarawak Berhad (Petros).

“Saya tidak berfikir sedemikian, kenapa saya perlu berasa bimbang. Saya tidak fikir penubuhan kerajaan baharu di bawah Pakatan Harapan akan menjejaska­n perancanga­n pembanguna­n industri minyak dan gas di Sarawak,” ujarnya.

 ??  ?? ABANG Johari ketika ditemu bual wakil media di Kuching.
ABANG Johari ketika ditemu bual wakil media di Kuching.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia