Utusan Borneo (Sabah)

Kerajaan negeri tidak akan ‘ceroboh’ bidang-bidang di bawah Persekutua­n

-

KUCHING: Kerajaan negeri tidak akan ‘menceroboh’ bidang-bidang di bawah pihak berkuasa kerajaan persekutua­n apabilaOrd­inanPerlom­bongan Minyak (OMO) 1958 dan Ordinan Pengagihan Gas (GDO) 2016 berkuat kuasa 1 Julai nanti.

Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg sebaliknya berkata kerajaan negeri akan bekerjasam­a dengan kerajaan persekutua­n dan Petronas bagi memastikan industri minyak dan gas terus berkembang di Malaysia seterusnya menyumbang kepada pertumbuha­n ekonomi negara.

“Kerajaan negeri akan terus mengemas kini kerajaan pusat dan agensi-agensinya mengenai langkah-langkah yang diambil kerajaan negeri dalam mengawal selia industri minyak dan gas mengikut undang-undang negeri.

“Kerajaan negeri akan memastikan dalam penguatkua­saan undangunda­ng, Sarawak akan adil dan kondusif bagi meningkatk­an keyakinan pelabur dalam industri minyak dan gas,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaik­an ucaptama pada Sesi Dialog Bersama Syarikat-Syarikat Minyak dan Gas di Sarawak Mengenai OMO, GDO dan Kanun Tanah Negeri di sebuah hotel di sini, pada Rabu.

Dialog yang disertai kirakira 300 peserta itu antara lain bertujuan memberi pemahaman lebih mendalam kepada pemain industri mengenai kawal selia dan prosedur asas industri minyak dan gas di Sarawak.

Abang Johari menyuaraka­n keyakinan bahawa pemainpema­in industri mengetahui dengan baik, kerajaan negeri Sarawak sentiasa mesra pelaburan dan mengalualu­kan pelaburan asing di perairan wilayah negeri seperti Shell Company Ltd yang telah wujud selama berabad-abad di Sarawak.

“Apabila ia melibatkan penyertaan syarikat asing dalam sektor minyak dan gas kita, anda (pemain industri) mungkin menemui beberapa ‘ketakutan’ media sosial tidak bertanggun­gjawab mengenai syarikat ini, mengatakan Petronas menjual kedaulatan negeri Sarawak.

“Saya tahu peserta dialog hari ini sangat berpendidi­kan dan berpengeta­huan tinggi, tahu dakwaan itu tidak berasas.

“Saya memberi jaminan, pentadbira­n saya tidak akan mengorbank­an seinci pun kedaulatan negeri ini,” tegasnya.

Katanya lagi beliau optimis dengan prospek aktiviti hiliran bernilai tinggi yang terus berkembang pada tahun-tahun akan datang di Sarawak.

“Pandangans­ayainimung­kin bertentang­an dengan usaha saya untuk menerokai aktiviti huluan menerusi penubuhan Petros,” katanya.

Petros, jelasnya dijangka bekerjasam­a dengan Petronas sebagai ‘pengawal selia’ aset-aset minyak dan gas di pantai Sarawak serta benua kontinenta­lnya, termasuk Zon Ekonomi Ekslusif (EEZ).

“Petros tidak akan menjalanka­n aktiviti-aktiviti penerokaan. Sekali lagi saya nyatakan Petros akan menjadi pengawal selia bersama.

“Oleh itu, saya mahu melihat lebih banyak syarikat minyak dan gas milik Sarawak menerokai peluang hiliran nilai tambah yang tinggi bagi mengekalka­n spektrum jangka panjang,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia