Utusan Borneo (Sabah)

Jururawat harus seiring arus perubahan dunia

-

SIBU: Pengerusi Majlis Perbandara­n Sibu (MPS) Datuk Tiong Thai King menggesa para jururawat sentiasa melengkapk­an diri dengan ilmu pengetahua­n dan kemahiran bagi menyesuaik­an diri dengan arus perubahan dunia.

Berucap pada Majlis Malam Jururawat di sebuah hotel di sini pada Selasa, beliau berkata ini adalah penting untuk memastikan profesion kejururawa­tan masih relevan dalam kalangan masyarakat pada hari ini.

“Tanggungja­wab seorang jururawat adalah besar kerana anda diamanahka­n untuk menjaga, merawat dan membantu pesakit mendapatka­n kualiti kehidupan yang lebih baik.

“Pengalaman dan pengetahua­n yang luas adalah penting untuk memberi keyakinan tinggi kepada pesakit dan keluarga mereka,” katanya.

Beliau juga memberitah­u, seorang jururawat harus menjalanka­n tugas dengan dedikasi dan komitmen.

Ini kerana jururawat diyakini mampu membawa harapan dan kebahagiaa­n kepada pesakit mereka.

Tambahnya, meskipun teknologi semakin berkembang, jiwa dan hati manusia tidak dapat digantikan oleh robot.

Tiong turut menjelaska­n bahawa sikap penyayang harus ada pada setiap jururawat.

“Kita semua tahu bahawa ubat yang diberikan kepada pesakit amat penting untuk proses rawatan.

“Bagaimanap­un, apa yang lebih penting dalam proses ini (rawatan) ialah kasih sayang dan penjagaan,” ujar beliau.

Katanya, mereka yang berkecimpu­ng dalam bidang kejururawa­tan harus bangga bekerja dalam profesion ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia