Utusan Borneo (Sabah)

Dua beradik cedera akibat letupan gas di rumah

-

MIRI: Bunyi letupan kuat daripada sebuah rumah menggempar­kan penduduk di sebuah lorong di kawasan perumahan Desa Senadin Fasa 1 di sini, lewat petang Selasa.

Menurut salah seorang jiran yang namanya tidak mahu disiarkan, beliau yang tinggal bersebelah­an rumah terjejas itu sempat melihat sendiri kejadian itu.

“Semasa kejadian kira-kira jam 5.30 petang, saya baharu pulang dari kerja dan apabila keluar dari kereta, saya sempat melihat letupan kuat di rumah sebelah sehingga menyebabka­n cermin hadapan rumah itu pecah.

“Letupan itu turut disusuli kebakaran kecil yang sempat dipadamkan jiran-jiran sebelah rumah yang bertindak dengan pantas,” katanya ketika ditemu bual Utusan Borneo selepas kejadian itu.

Menurutnya lagi, dua anak jirannya itu mengalami kesan lecur akibat letupan tersebut.

Dalam pada itu, kejadian letupan yang dipercayai akibat kebocoran tong gas di rumah tersebut telah menyebabka­n dua beradik lelaki dan perempuan melecur kira-kira 50 peratus.

Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Zon 6 Miri Penguasa Kanan Bomba I Law Poh Kiong berkata, mangsa yang melecur ialah seorang remaja perempuan berusia 15 tahun dan abangnya berusia 18 tahun.

Menurutnya, bapa kepada keduadua mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan.

“Letupan itu dipercayai berlaku kerana kebocoran tong gas semasa mereka tiada di rumah.

“Bapa mangsa yang berada di belakang anak-anaknya semasa masuk ke rumah memaklumka­n terhidu bau gas sebelum mereka masuk,” katanya dalam kenyataan kepada media.

Law berkata, kebakaran akibat letupan itu hanya lima peratus dan tiada operasi dijalankan disebabkan kebakaran telah dipadamkan jiran tetangga.

Seramai lapan anggota jentera FRT dan empat anggota EMRS dari BalaiBomba­danPenyela­matLopeng bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan kecemasan sekitar jam 6.30 petang.

 ??  ?? BAHAGIAN belakang rumah terbabit yang menerima kesan letupan tong gas.
BAHAGIAN belakang rumah terbabit yang menerima kesan letupan tong gas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia