Utusan Borneo (Sabah)

Ekonomi Malaysia tumbuh 5.4 peratus pada S1 2018

Disokong pengembang­an aktiviti sektor swasta berterusan

-

KUALA LUMPUR: Ekonomi Malaysia meningkat 5.4 peratus pada suku pertama 2018 (1Q 2018), disokong oleh pengembang­an aktiviti sektor swasta yang berterusan serta sokongan mantap daripada eksport bersih.

Dalam kenyataann­ya semalam, Bank Negara Malaysia (BNM) berkata pada asas suku tahunan terlaras secara bermusim, ekonomi meningkat 1.4 peratus (Q4 2017: 1.0 peratus.

Ia bekata inflasi keseluruha­n menurun kepada 1.8 peratus pada Q1 2018 (Q4 2017: 3.5 peratus).

Ini mencermink­an kesan daripada harga bahan api domestik yang lebih kecil berikutan kenaikan harga minyak dunia yang lebih rendah berbanding suku tahun sebelumnya serta kadar pertukaran ringgit yang lebih kukuh pada suku pertama 2018.

Keadaan pasaran kewangan domestik kekal teratur walaupun tahap turun naik meningkat ekoran perkembang­an di luar negeri.

Institusi kewangan domestik terus berdaya tahan dan mempunyai kualiti aset yang mantap, keuntungan yang kukuh dan mudah tunai yang lebih daripada mencukupi, kata BNM.

“Aktiviti pengantara­an kredit terus menyokong aktiviti ekonomi benar dengan sektor perniagaan dan isi rumah mengekalka­n keupayaan untuk membayar balik hutang dengan baik,” katanya.

Pada masa hadapan, ekonomi Malaysia dijangka kekal pada landasan pertumbuha­n yang menggalakk­an pada 2018, dengan permintaan domestik dijangka terus menggalakk­an pada 2018, dengan permintaan dalam negeri terus menjadi pemacu utama pertumbuha­n.

BNM berkata inflasi keseluruha­n dijangka berada pada purata 2 peratus hingga 3 peratus pada 2018, disebabkan oleh faktor kos global yang lebih kecil dan kadar pertukaran ringgit yang lebih kukuh berbanding 2017.

Inflasi keseluruha­n, seperti yang diukur oleh inflasi teras, dijangka kekal rendah, disebabkan oleh kesan pindahan kos yang lebih kecil terhadap harga runcit berbanding 2017.

Sementara itu, BNM mengetenga­hkan tiga isu, termasuk ‘Pertikaian Perdaganga­n: Implikasi Terhadap Perdaganga­n dan Pelaburan’ menilai kesan yang mungkin dihadapi dan implikasi dasar berikutan cadangan pelaksanaa­n langkah-langkah perdaganga­n yang diumumkan baru-baru ini oleh Amerika Syarikat dan Republik Rakyat China, terhadap ekonomi global dan Malaysia.

“Pertimbang­an dasar utama termasuk meneruskan pembaharua­n untuk memastikan permintaan dalam negeri kekal berdaya tahan bagi mengurangk­an sebarang kejutan luaran terhadap ekonomi,” katanya.

Kedua ‘Global Slack sebagai Penentu Inflasi’ meninjau pengaruh faktor-faktor yang berkaitan dengan globalisas­i terhadap dinamik inflasi dalam ekonomi Asia-Pasifik, yang menonjolka­n cabarancab­aran lebih besar yang dihadapi oleh pihak berkuasa kewangan untuk membuat unjuran dan menguruska­n inflasi memandangk­an inflasi semakin dipengaruh­i oleh faktor-faktor global.

Faktor ketiga ialah ‘Memantapka­n Kualiti dan Ketelusan Perkhidmat­an untuk Pengguna Kewangan” menyerlahk­an kepada orang ramai tentang inisiatif yang diambil oleh industri kewangan dengan kerjasama Bank Negara Malaysia untuk memantapka­n kualiti dan ketelusan khidmat pelanggan.

“Inisiatif ini termasuk menetapkan piawaian perkhidmat­an pelanggan seluruh industri bagi sektor perbankan selain menjalanka­n Kaji Selidik Kepuasan Pelanggan untuk menilai pengalaman sebenar pengguna,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia