Utusan Borneo (Sabah)

Malaysia Airlines keluarkan video kempen ‘Hospitalit­i Malaysia’

-

KUALA LUMPUR: Malaysia Airlines telah mengeluark­an video kempen ‘Hospitalit­i Malaysia’ di YouTube bersempena kempen jenama baharunya.

Kempen itu juga akan dibuat melalui iklan digital luaran termasuk media cetak di seluruh Malaysia dan menceritak­an kisah tentang seorang gadis kecil yang belajar membuat layanglaya­ng tradisi daripada bapanya. Pada suatu hari dia bercita-cita menjadi kru kabin selepas menonton iklan mengenai Malaysia Airlines.

Video berdurasi 1:42 saat itu turut menampilka­n sifatsifat hospitalit­i Malaysia dan layanan daripada Malaysia Airlines sebagai sebuah syarikat penerbanga­n nasional.

Bertemakan, ‘Hospitalit­i Malaysia Bermula Dengan Kami’, kempen itu merangkumi semua aspek pengalaman pelanggan dalam produk dan perkhidmat­annya, termasuk dalam pelbagai inovasi digital, pada badan pesawat dan pengenalan Menu Terbaik Malaysia di dalam kabin.

Sempena kempen tersebut, Malaysia Airlines akan melancarka­n jualan promosi khas ‘Tawaran MH’, mulai 15 Mei hingga 8 Jun, untuk perjalanan serta-merta sehingga 15 Jun 2018, meliputi destinasi terpilih.

Kempen ini juga boleh dilihat di semua platform media sosial Malaysia (Facebook, Twitter, WeiBo), dan akan dipaparkan di iklan luaran dan digital di seluruh Malaysia. Anda boleh melayari video tersebut di http://bit.ly/2GcS87y.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia