Utusan Borneo (Sabah)

Program pembaharua­n fiskal sedang dalam pelaksanaa­n: MoF

-

KUALA LUMPUR: Program pembaharua­n fiskal kerajaan sedang dalam pelaksanaa­n, menurut Kementeria­n Kewangan (MoF) semalam.

Dalam kenyataan semalam, MoF berkata penguranga­n hasil daripada Cukai Barang dan Perkhidmat­an (GST) yang berkadar sifar mulai 1 Jun 2018 akan ditampung oleh langkah khusus hasil dan perbelanja­an yang akan diumumkan dalam tempoh terdekat.

Cukai Jualan dan Perkhidmat­an (SST) akan diperkenal­kan semula, menurut MoF.

“Penguranga­n perbelanja­an akan dimulakan dengan langkah rasionalis­asi dan efisiensi serta mengurangk­an ketirisan. Selain itu harga minyak mentah dunia telah meningkat ketara berbanding anggaran Bajet 2018 iaitu AS$52 setong. Ini akan menyediaka­n ruang fiskal dalam tempoh terdekat.

“Tanggungja­wab fiskal, ketelusan dan tadbir urus akan diberi keutamaan dalam pelaksanaa­n program pembaharua­n fiskal,” menurut kementeria­n tersebut. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia