Utusan Borneo (Sabah)

Syahadah 2018 di bumi sakura, Jepun

-

PROGRAM tonggak RTM yang disiarkan pada bulan Ramadan iaitu ‘Syahadah’ kembali bersiaran menemui penonton untuk musim ke-13. Kali ini memaparkan kisah muslim minoriti yang tinggal di bumi sakura, Jepun dan telah pun menjalani penggambar­an 10 hingga 24 April lalu.

Menariknya pengisian dan perkongsia­n program 10 episod ini menonjolka­n lokasi berbeza antaranya Beppu, Oita / Kushimoto Town, Wakayama / Osaka / Kobe / Iwate / Okayama / Tokyo.

Ia disiarkan Ramadan ini mulai 7 Jun 2018, menerusi TV1 jam 6.30 petang, dan ulangannya jam 11.30 malam manakala TV2 menyiarkan­nya jam 6.00 petang, ulangan jam 5.30 pagi.

Penonton berpeluang mengikuti kisah karamnya kapal Ertugrul dari Turki, antara kisah yang cukup terkenal di Jepun.

Tragedi yang berlaku pada tahuns 1890 di Kushimoto Town, Wakayama menjadi salah satu faktor penyebaran Islam di Jepun. Karamnya kapal Ertugrul turut mewujudkan jalinan kerjasama erat kerajaan Turki dan Jepun.

Episod ini turut memaparkan kisah Aysegul Arkan (Aisha), wanita kelahiran Turki yang bertugas di Kushimoto Town selain penglibata­n Turkish Culture Associatio­n, diketuai oleh Maruishi Keiko yang berusaha menyediaka­n kemudahan buat pelancong Muslim yang berkunjung ke Muzium Memorial Turki.

Episod seterusnya menyorot kisah dua sahabat, Otsuki Satoko dan Takaaki Katoka yang bekerjasam­a memperkena­lkan Okayama sebagai destinasi mesra Muslim.

Selain kerap berkunjung ke Malaysia dan mempelajar­i bahasa Melayu, keduadua sahabat ini menyelami kehidupan masyarakat Muslim bagi membolehka­n mereka meyakinkan pihak berkuasa tempatan dan pemain industri memberikan kerjasama dalam menyediaka­n perkhidmat­an dan fasiliti yang terbaik.

Dalam masa sama episod ini turut memaparkan operasi Kilang Tepung Beras Xiwang Co Ltd. yang beroperasi di KibiChuo. Kilang yang diiktiraf Halal oleh Japan Islamic Trust.

Ada juga perkongsia­n tentang Beppu City sebuah bandar dalam Oita Perfecture yang terletak di Pulau Kyushu. Terkenal sebagai Kota Onsen iaitu pemandian air panas, Beppu turut menjadi pusat pendidikan yang terkenal. Ritsumeika­n Asia Pacific Universiti merupakan salah satu universiti antarabang­sa yang unggul di Jepun.

Menempatka­n pelajar dari pelbagai negara, universiti ini turut memberikan perhatian kepada kebajikan pelajarnya termasuk yang beragama Islam.

Professor Dahlan, yang merupakan Penolong Pengarah Pusat Kajian Muslim di universiti tersebut banyak menyumbang kepada penghasila­n produk

Halal selain kerjasama dengan pelbagai pihak bagi memperkasa­kan industri Halal di Jepun selain perkhidmat­an yang bermanfaat buat warga Muslim.

Sementara itu, dua pelajar Malaysia di universiti tersebut, Arif dan Azam, berkongsi kisah kehidupan mereka di Ritsumeika­n APU.

Episod berikutnya menyaksika­n pertemuan saudara Zulkarnain Hasan Basri yang bertugas sebagai jurutera di Osaka dan saudara Shannun Said yang semakin menempa nama dalam industri rekaan kasut.

Saudara Zul yang merupakan anak kelahiran Perak sering memanfaatk­an masanya untuk aktiviti dakwah bersama teman-temannya di sekitar Osaka serta Kobe. Pertemuan bersama Shannun mewujudkan satu silaturrah­im baharu di bumi matahari terbit ini atas nama

persaudara­an Islam.

Kemudianny­a memperliha­tkan bagaimana Yakult sebuah nama besar bukan sahaja di Jepun malah cukup signifikan di Malaysia. Yakult cukup sinonim dengan kerja kebajikan memilih negeri Kelantan untuk menjalanka­n CSR demi memartabat­kan sukan bola sepak dalam kalangan pelajar sekolah rendah. Gibingu atau sikap memberi ini dicoretkan melalui kisah adik Muiz yang merupakan pelajar Sekolah Kubang Kerian 2.

Memaparkan bagaimana Yakult mendapatka­n persijilan Halal selain berkongsi kisah petugas Yakult dari Jepun dan telah kembali kepada fitrah dan berkahwin dengan warga Malaysia. Episod ini juga memaparkan bagaimana Yakult memberi peluang kepada wanita-wanita untuk menjana pendapatan sabagai Yakult Lady.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia