Utusan Borneo (Sabah)

Konsert sulung Ruffedge sempena ulang tahun ke-20 pada 4 Ogos

-

KUMPULAN Hip

Hop R&B popular, Ruffedge bakal mengubat rindu peminat dengan menganjurk­an konsert sulung mereka, ‘Ruffedge: 20th Anniversar­y Concert’ di KL Live pada jam 9 malam, 4 Ogos depan.

Anggota kumpulanny­a, Syed Hussein Syed Mustafa atau Sein berkata, konsert meraikan ulang tahun ke-20 Ruffedge itu juga sebagai mengubati kerinduan peminat selepas 10 tahun menanti kemunculan mereka.

“Selepas membuat persembaha­n pada majlis persanding­an Fattah dan Fazura, Februari lalu, kami menerima banyak pertanyaan, bila Ruffedge akan menjayakan konsert? Ini adalah jawapan kepada semua pertanyaan itu,” katanya pada sidang media baru-baru ini.

Menurut Sein, “Konsert ini sebagai hadiah kepada peminat yang sentiasa berdoa untuk melihat kami kembali bergabung di pentas. Ketika aktif dahulu, kami tidak berpeluang membuat konsert dan ini masa yang tepat untuk merealisas­ikannya.”

“Kami membuat persembaha­n ini bagi mereka yang masih mendengar Ruffedge dan masih lagi bertanya-tanya tentang Ruffedge. Kami ingin berkongsi kasih sayang dan mengeratka­n lagi silaturahi­m bersama dengan penyokong dan pendengar Ruffedge,” tambah beliau.

10 LAGU POPULAR

Selain Sein, 35, Ruffedge turut dianggotai Cat Farish, 44; Azan Addin, 44; Mode Abdullah, 43 dan Zain Hamid, 40.

Azan berkata, “Ini adalah konsert pertama yang kami buat. Jadi, keistimewa­annya adalah kami akan mempersemb­ahkan lebih 10 lagu popular, selain pilihan peribadi setiap ahli kumpulan Ruffedge.”

Ruffedge akan mempersemb­ahkan lagulagu popular mereka seperti ‘Bila Rindu’, ‘Khayalan’, ‘Tipah Tertipu’, ‘Lemas’, ‘Tiada Lagi Cinta’, ‘Da´ Bomb’ dan sebagainya sepanjang konsert yang berdurasi hampir dua jam itu.

Kumpulan itu juga bakal memperkena­lkan lagu terbaharu ‘Seperti Mereka’, ciptaan Azan pada konsert itu nanti.

Tiket bagi konsert ini dijual pada harga RM125 hingga RM233 menerusi laman sesawang www. ticketpro.com.my atau hubungi 03-7880 7999.

‘Ruffedge: 20th Anniversar­y Concert’ dianjurkan dan diterbitka­n oleh MRS Production dan KLP Creative Sdn.Bhd. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? RUFFEDGE akan mempersemb­ahkan lagu-lagu popular mereka seperti ‘Bila Rindu’, ‘Khayalan’, ‘Tipah Tertipu’, ‘Lemas’, ‘Tiada Lagi Cinta’ dan sebagainya sepanjang konsert sulung mereka di KL Live pada 4 Ogos.
— Gambar Bernama RUFFEDGE akan mempersemb­ahkan lagu-lagu popular mereka seperti ‘Bila Rindu’, ‘Khayalan’, ‘Tipah Tertipu’, ‘Lemas’, ‘Tiada Lagi Cinta’ dan sebagainya sepanjang konsert sulung mereka di KL Live pada 4 Ogos.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia