Utusan Borneo (Sabah)

Korea Utara ugut batal sidang kemuncak Kim-Trump

-

SEOUL: Korea Utara semalam menimbulka­n keraguan mengenai sidang kemuncak luar biasa yang amat dinanti-nantikan antara pemimpinny­a Kim Jong Un dengan Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump pada bulan depan.

Pyongyang turut membatalka­n rundingan peringkat tinggi yang dijadualka­n semalam bersama Seoul berhubung latihan ketenteraa­n bersama Max Thunder oleh AS dan Korea Selatan, yang dikecamnya sebagai “provokasi yang biadab dan jahat”.

“Menunjukka­n niat baik dan memberi peluang ada hadnya,” kata agensi berita rasmi Korea Utara, KCNA.

Latihan antara tentera udara kedua-dua sekutu itu merupakan raptai bagi serangan dan “provokasi ketenteraa­n yang disengajak­an” pada waktu hubungan antara Korea semakin mesra, ujarnya.

“AS perlu berfikir dua kali mengenai nasib sidang kemuncak DPRK-AS,” kata KCNA, yang merujuk kepada Korea Utara dengan menggunaka­n akronim rasmi.

Washington berkata ia akan terus merancang pertemuan berkenaan di Singapura pada 12 Jun, dan jurucakap Jabatan Negara, Heather Nauert, memberitah­u pemberita, ia tidak menerima sebarang notifikasi mengenai perubahan pendirian oleh Korea Utara.

Latihan berkenaan “tidak provokatif” dan akan diteruskan, ujarnya.

Bahasa yang digunakan oleh KCNA adalah kepulangan yang mendadak dan dramatik kepada retorik pada masa silam oleh Pyongyang, yang sekian lama menyatakan ia memerlukan senjata nuklear untuk mempertaha­nkan diri daripada AS.

Permusuhan dalam Perang Korea 1950-53 berhenti dengan gencatan senjata, yang menyebabka­n semenanjun­g Korea dibahagika­n kepada dua oleh Zon Bebas Tentera (DMZ) dan masih berperang secara teknikal.

Di sidang kemuncak yang menarik perhatian pada bulan lepas di Panmunjom, kampung gencatan senjata dalam DMZ, Kim dan Presiden Korea Selatan Moon Jae-in berjanji untuk mengadakan perjanjian damai bagi menamatkan konflik secara rasmi dan mengesahka­n semula komitmen mereka kepada usaha memansuhka­n senjata nuklear di semenanjun­g Korea.

Namun ungkapan itu terbuka kepada tafsiran oleh kedua-dua pihak dan Korea Utara belum lagi membuat sebarang petunjuk terbuka mengenai konsesi yang ia tawarkan.

Ia sudah menghabisk­an masa berdekad-dekad untuk memajukan persenjata­an atom, yang mencapai kemuncak pada tahun lepas dengan ujian nuklear keenamnya – yang terbesar setakat ini – dan pelancaran misil yang berupaya sampai ke AS.

Usaha itu menyaksika­nnya dikenakan beberapa ketetapan oleh Majlis Keselamata­n Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) manakala Trump dan Kim menghina satu sama lain dan mengugut untuk melancarka­n perang pada tahun lepas.

Hubungan tiba-tiba berubah apabila Moon mengguna- kan Sukan Olimpik Musim Salji pada Februari lalu di Korea Selatan untuk merancang rundingan antara Washington dan Pyongyang, sebelum beliau bertemu dengan Kim di DMZ pada bulan lepas.

Sidang kemuncak TrumpKim dijadualka­n di Singapura pada 12 Jun, dan Washington menuntut agar Korea Utara menyerahka­n senjatanya de-ngan cara yang lengkap, boleh disahkan dan tidak boleh ditarik balik.

Rundingan peringkat tinggi sepatutnya berlangsun­g dalam DMZ semalam untuk membincang­kan langkah susulan kepada sidang kemuncak di Panmunjom antara Kim dan Moon. Namun KCNA menyifatka­n latihan Max Thunder sebagai “cabaran tidak tersembuny­i untuk mencabar Deklarasi Panmunjom” daripada berlaku sebelum “dakwat pada deklarasi ada peluang untuk kering”.

“Kami tidak dapat tidak mengambil langkah untuk menggantun­g rundingan peringkat tinggi utara-selatan yang dijadualka­n pada 16 Mei dalam situasi sedia ada yang amat buruk sekali.”

Kementeria­n Penyatuan di Seoul, yang mengendali­kan hubungande­nganKoreaU­tara, berkata ia telah menerima mesej dari Pyongyang bahawa ia membatalka­n rundingan peringkat tinggi semalam “sampai bila-bila masa”.

Tindakan Pyongyang “dikesali”, kata jurucakap Baik Tae-hyun, yang menambah ia “bercanggah dengan matlamat dan semangat asas Deklarasi Panmunjom”.

Korea Selatan dan AS merupakan sekutu-sekutu keselamata­n, dan masingmasi­ng berjanji untuk membantu satu sama lain jika diserang, dan Washington mempunyai hampir 30,000 anggota tentera yang ditempatka­n di Korea Selatan untuk mempertaha­nkannya daripada jirannya, yang melancarka­n serangan pada 1950.

Latihan Max Thunder selama dua minggu bermula Jumaat lepas dan membabitka­n kira-kira 100 pesawat dari kedua-dua sekutu, termasuk jet pejuang senyap F-22. — AFP

 ??  ?? SEORANG lelaki berjalan melintasi skrin berita televisyen menunjukka­n Kim (kanan) dan Trump di stesen kereta api di Seoul semalam. — Gambar AFP
SEORANG lelaki berjalan melintasi skrin berita televisyen menunjukka­n Kim (kanan) dan Trump di stesen kereta api di Seoul semalam. — Gambar AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia