Utusan Borneo (Sabah)

Amaran merah dikeluarka­n selepas Kilauea sembur abu

-

LOS ANGELES: Kepulan besar abu gunung berapi meletus dari gunung ber-api Kilauea di Hawaii kelmarin, yang mendorong pihak berkuasa untuk mengeluark­an amaran tentang kualiti udara dan kemungkina­n bagi letusan besar.

Agensi Pertahanan Awam Daerah Hawaii berkata batu runtuh dan letupan gas dari salah sebuah kawah di Kilauea telah menyebabka­n kepulan abu yang sedang bertiup ke bahagian barat daya.

Pihak berkuasa berkata awan abu setinggi 3,000 hingga 3,600 meter dan mendorong amaran penerbanga­n kod merah.

Mereka memberi amaran bahawa penduduk pada laluan awan mungkin akan mengalami masalah pernafasan dan menggesa rakyat untuk mengelak pendedahan dan memandu dengan berhatihat­i.

Letusan abu baharu berlaku ketika rekahan bumi baharu berlaku di Big Island, di mana kawah berkenaan terletak, menjadikan 20 jumlah kese-luruhan rekahan yang mengeluark­an lahar disebabkan oleh letusan gunung berapi pada 3 Mei.

Agensi Pertahanan Awam berkata gas berbahaya keluar dari rekahan bumi dekat bahagian kecil Lanipuna Gardens, yang sudah dikosongka­n, dan menggesa penduduk untuk menjauhkan diri.

“Keadaan MERAH bermakna bahaya segera kepada kesihatan, jadi ambil tindakan untuk membataska­n pendedahan lanjut,” agensi itu menyebut dalam satu kenyataan.

“Keadaan teruk mungkin wujud seperti kelemasan dan tidak berupaya untuk bernafas.

“Ini adalah situasi serius yang menjejaska­n seluruh populasi yang terdedah.”

Setakat ini kira-kira 40 kediaman dan bangunan lain sudah dimusnahka­n oleh lahar yang telah dimuntahka­n dari gunung berapi yang terletak di bahagian tenggara Big Island.

Saintis berkata apabila tahap lahar terus menurun di dalam kawah, lebih banyak rekahan bumi dijangka akan berlaku dan memberi amaran tentang letusan gunung berapi besar.

Kilauea merupakan salah satu gunung berapi paling aktif di dunia dan satu daripada lima gunung berapi di pulau itu. — AFP

 ??  ?? ORANG ramai berkumpul di padang golf untuk menyaksika­n dari jauh kepulan abu yang meletus dari gunung berapi Kilauea di Big Island, Hawaii kelmarin. — Gambar AFP
ORANG ramai berkumpul di padang golf untuk menyaksika­n dari jauh kepulan abu yang meletus dari gunung berapi Kilauea di Big Island, Hawaii kelmarin. — Gambar AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia