Utusan Borneo (Sabah)

Frankie teruja berkerja untuk KBS

Mahu wujudkan program untuk belia cegah daripada gejala negetif

- Oleh VITALIS G BINGKASAN

KOTA KINABALU: Frankie Poon akan cuba buat yang terbaik bagi memastikan perlantika­nnya selaku Menteri Belia Dan Sukan Sabah yang baharu akan memberi impak berkesan terhadap pembanguna­n belia dan sukan negeri ini.

Memasuki pejabatnya di Kementeria­n Belia Dan Sukan (KBS) Sabah di Wisma Muis buat pertama kali pada Khamis iaitu sehari selepas perlantika­nnya, Adun Tanjung Papat berusia 59 tahun yang juga Naib Pengerusi DAP Sabah itu berkata, beliau perlukan beberapa hari untuk mengetahui lebih dan menyesuaik­an diri dengan tugasan baharunya itu sebelum membuka langkah seterusnya.

“Saya akui segala-galanya baharu bagi saya di sini tetapi saya teruja untuk berkerjasa­ma dengan

Menteri Belia Dan Sukan

semua warga dan agensi kementeria­n ini kerana saya mahu buat perubahan,” katanya yang turut diiringi isterinya, Alice Chan.

Antara yang menyambut kehadirann­ya adalah Setiausaha­TetapKBSSa­bah, Datuk Awang Damit Anak, Pengerusi Lembaga Sukan Negeri Sabah (LSNS), Datuk Louis Rampas, Pengarah Majlis Sukan Negeri (MSN) Sabah, Terrance Pudin dan Pengurus Besar LSNS, Datuk Penyuki Matta.

Frankie berkata, antara dalam fikirannya untuk tugas baharunya itu adalah mewujudkan programpro­grammeliba­tkangenera­si muda terutamany­a dalam bidang sukan sekaligus mencegah belia dari terjerumus dengan gejala tidak sihat.

“Belia adalah mengenai hari esok, mereka adalah generasi akan datang yang akan meneruskan perjuangan kita. Kita mahu mereka menikmati hidup dan memenuhi potensi mereka.

“Saya belum tahu bagaimana kerana saya masih baru tetapi saya fikir mungkin kita boleh mencapai ini melalui program yang boleh membantu mereka untuk lebih berdisipli­n seperti bersukan,” katanya.

“Saya akui segala-galanya baharu bagi saya di sini tetapi saya teruja untuk berkerjasa­ma dengan semua warga dan agensi kementeria­n ini kerana ” saya mahu buat perubahan.

FRANKIE POON

 ??  ?? FRANKIE (empat dari kanan) dan isteri, Alice (empat dari kiri) bersama pegawai-pegawai kanan KBS Sabah dan agensinya di pejabat baharunya pada Khamis.
FRANKIE (empat dari kanan) dan isteri, Alice (empat dari kiri) bersama pegawai-pegawai kanan KBS Sabah dan agensinya di pejabat baharunya pada Khamis.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia