Utusan Borneo (Sabah)

Tenis Sabah ikrar beri sokongan

- Oleh DESMOND QWEK

KOTA KINABALU: Persatuan Tenis Negeri Sabah (STA) berikrar memberi sokongan penuh ke atas pelantikan Frankie Poon Ming Fung selaku Menteri Belia dan Sukan Sabah yang baharu.

Presiden STA Johnson Koh ditemui di ibu negeri pada Khamis, turut mengucapka­n tahniah kepada Ketua Menteri Sabah yang baharu Datuk Seri Panglima Mohd Shafie Haji Apdal, barisan kabinet serta Pembantu Menteri Belia dan Sukan Sabah yang baharu Arunarnsin Taib.

“Selaku persatuan sukan di bawah Majlis Sukan Negeri Sabah (MSNS), persatuan ini menolak sebarang unsur politik dan memberikan sepenuh sokongan dan kerjasama ke atas kerajaan hari ini.

“Lupakan bahang piliharaya yang telah berlaku dan semua pihak perlu bekerjasam­a sepenuh komitmen untuk membangun dan menyediaka­n atlet dan pasukan negeri, khususnya untuk mengadapi Sukan Malaysia (SUKMA) yang akan berlangsun­g tidak lama lagi,” tegas beliau.

 ??  ?? JOHNSON Koh (lima kanan) bersama Ahli Majlis Tertinggi STA dan badan bergabung semasa Mesyuarat Agung Tahunan persatuan itu di Semporna baru-baru ini.
JOHNSON Koh (lima kanan) bersama Ahli Majlis Tertinggi STA dan badan bergabung semasa Mesyuarat Agung Tahunan persatuan itu di Semporna baru-baru ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia