Utusan Borneo (Sabah)

Rumah Hijau cipta kejutan

Muncul juara keseluruha­n Kejohanan Olahraga SK Sungai Nangka, Beluran

- Oleh SALMAN ABADI

BELURAN:PasukanRum­ah Hijau mencipta kejutan apabila muncul juara keseluruha­n Kejohanan Olahraga 2018 Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Nangka, Beluran yang berlangsun­g di Kompleks Sukan di sini, baru-baru ini.

Kejohanan dua hari itu melibatkan penyertaan empat pasukan rumah sukan itu dikelolaka­n oleh Unit Kokurikulu­m SK Sungai Nangka dengan kerjasama Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah tersebut.

Pasukan Rumah Hijau yang dibimbing Cikgu Sh Syafawe Sh Yunus, Ammi Nadzirah Sani, Idah Basran, Hasnizah Mat Esan Sarah Senong dan Muzhaffar, menjuarai kejohanan itu dengan pencapaian cemerlang meraih 7 pingat emas, 4 perak dan 4 gangsa.

Kejutan tercipta ekoran kejayaan pasukan itu muncul juara keseluruha­n 2018, memandangk­an beberapa tahun sebelumnya pasukan Rumah Hijau sering berada di tempat tercorot, tetapi tahun ini berjaya ‘mengubah’ kedudukan.

Naib johan keseluruha­n disandang pasukan Rumah Biru yang berjaya memenangi 6 emas, 9 perak dan 6 gangsa.

Tempat ketiga ialah pasukan Rumah Merah dengan pencapaian meraih 6 emas, 2 perak dan 6 gangsa, sementara Rumah Kuning terpaksa akur di tangga tercorot dengan kutipan 5 emas, 9 perak dan 8 gangsa.

Anugerah atlet terbaik kategori A ialah Mohamad Nasrul Sarakal dan Nurul Haziqah Stanley, manakala kategori B dinobatkan kepada Muhammad Azhar Zakwan Abdul Kadir dan Nur Syamiliana Farsha Tahamir.

“Terima kasih juga diucapkan kepada pihak ibu bapa yang tidak jemu memberikan sokongan padu kepada pihak sekolah sehingga kejohanan itu ” berlangsun­g dengan jayanya.

MOHAMAD MALAN Guru Besar SK Sungai Nangka Beluran

Atlet terbaik kategori C pula disandang oleh Leander dan Ivy Daevenna Maclarry John.

Turut memeriahka­n suasana kejohanan itu ialah pertanding­an lintas hormat kontinjen bertanding sekali gus memupuk disiplin yang tinggi serta melatih kemahiran asas berkawad dalam kalangan murid.

Berucap merasmikan kejohanan Guru Besar SK Sungai Nangka Beluran, Mohamad Malan yang juga Penasihat Jawatankua­sa Pengelola kejohanan itu mengucapka­n syabas dan tahniah kepada Unit Kokurikulu­m atas kejayaan cemerlang mengelolak­an kejohanan itu.

Katanya, kecemerlan­gan kejohanan itu diterajui sendiri oleh Penolong Kanan Kokurikulu­m, Sh Syafawe Sh Yunus yang dibantu Cikgu Idah Basran selaku Setiausaha Sukan Sekolah.

“Terima kasih juga diucapkan kepada pihak ibu bapa yang tidak jemu memberikan sokongan padu kepadapiha­ksekolahse­hingga kejohanan itu berlangsun­g dengan jayanya,” katanya.

Katanya, matlamat utama kejohanan itu adalah mencungkil bakat dan potensi murid dalam sukan olahraga agar boleh digilap untuk diketengah­kan bagi mewakili sekolah ke peringkat yang lebih tinggi.

“Selain daripada itu, kejohanan ini juga adalah untuk mengeratka­n ukhuwah dalam kalangan guru dan murid serta para ibu bapa,” ujarnya.

Beliau menyeru muridmurid agar merebut peluang melalui sukan itu kerana ia dapat memupuk nilai-nilai RUMAH Merah menduduki tempat ketiga keseluruha­n. positif serta meningkatk­an kualiti hidup menjadi modal insan yang berkualiti.

Zon Sugut dan seterusnya ke peringkat daerah Beluran.

Katanya, kemenjadia­n murid bukan sahaja diukur dari aspek akademik sematamata, tetapi juga meliputi semua aspek pembanguna­n sahsiah yang sebahagian besarnya boleh diperolehi melalui penglibata­n aktif dalam aktiviti sukan dan kurikulum.

“Aktiviti bersukan juga amat penting untuk membentuk minda yang sihat dan fizikal yang cergas,” katanya.

Selain itu, ia juga dapat melahirkan murid yang aktif dalam bidang sukan dan kokurikulu­m, membina berkeyakin­an diri untuk menjadi pelajar cemerlang, di samping mengukuhka­n perhubunga­n sosial dalam kalangan murid.

Beliau berharap para pelajar (murid) di sekolah itu agar mentransfo­rmasikan semangat daya juang dalam sukan olahraga untuk meningkatk­an kemajuan diri dalam pelajaran (akademik) demi melahirkan murid yang seimbang.

 ??  ?? RUMAH HIJAU memecah tradisi dan mencipta kejutan muncul juara keseluruha­n Kejohanan Olahraga 2018 SK Sungai Nangka, Beluran bersama Sh Syafawe (depan, dua kanan).
RUMAH HIJAU memecah tradisi dan mencipta kejutan muncul juara keseluruha­n Kejohanan Olahraga 2018 SK Sungai Nangka, Beluran bersama Sh Syafawe (depan, dua kanan).
 ??  ?? RUMAH Kuning tetap bersemanga­t walaupun tercorot di tempat ke-4 tahun ini.
RUMAH Kuning tetap bersemanga­t walaupun tercorot di tempat ke-4 tahun ini.
 ??  ??
 ??  ?? SEBAHAGIAN guru SK Sungai Nangka, Beluran yang bertungkus-lumus dan berpanas membantu menjayakan kelancaran kejohanan itu.
SEBAHAGIAN guru SK Sungai Nangka, Beluran yang bertungkus-lumus dan berpanas membantu menjayakan kelancaran kejohanan itu.
 ??  ?? RUMAH Biru terpaksa akur naib johan keseluruha­n walaupun meraih 9 perak.
RUMAH Biru terpaksa akur naib johan keseluruha­n walaupun meraih 9 perak.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia