Utusan Borneo (Sabah)

Kejohanan Renang SASA/TRITONIC sukses

- Oleh VITALIS G BINGKASAN

KOTA KINABALU: Kejohanan Renang Novis Persatuan Sukan Akuatik Sabah/TRITONIC (SASA/ TRITONIC) yang julung kali dianjurkan di Kompleks Sukan di sini penghujung minggu lalu berlangsun­g dengan jayanya.

Presiden SASA Anthony Kiob berkata, kejayaan itu termasuk dari segi penyertaan apabila ianya berjaya menarik kira-kira 170 perenang mengambil bahagian.

Penyertaan itu adalah daripada anggota gabungan SASA iaitu Persatuan Renang Daerah Penampang (PREPS), Kelab Renang Sea Dragon (KRSD), Kelab Renang Blue Marlin (BMSC), Kelab Renang Sandakan (SSA) dan Kelab Renang PJMS Sandakan (PJMS).

“Ini adalah kejohanan pertama kami yang khusus kepada perenang yang tidak menang pingat sama ada di Kejohanan Peringkat Umur Sabah, MSSS (Majlis Sukan Sekolah Sabah) atau MSSM (Majlis Sukan Sekolah Malaysia).

“Kejohanan ini memberi peluang kepada perenang muda tempatan kita mendapat pendedahan yang diperlukan bagi membantu kemajuan mereka,” kata Anthony dalam kenyataann­ya pada Khamis.

Katanya, mendapat penyertaan yang ramai untuk kejohanan pertama itu juga menepati objektifny­a iaitu untuk menarik minat dan komitmen perenang muda.

Anthony berkata, penglibata­n perenang senior tempatan dan jurulatihj­urulatih Majlis Sukan Negeri (MSN) Sabah membantu bahagian teknikal di samping kerjasama dari ibubapa, sukarelawa­ndanjawata­nkuasa kerja juga telah memastikan kejohanan itu sukses.

“SASA akan terus berkerja keras mempromosi­kan program pembanguna­n sukan akuatik negeri ini. Dengan kerjasama dan sokongan semua pihak, saya berharap kejohanan ini juga akan menjadi acara tahunan dalam kalender SASA.

“Bagi pihak SASA, saya berterima kasih kepada semua yang membantu menjayakan kejohanan ini terutama syarikat Water Industries Sdn Bhd, pengilang minuman tempatan yang menjadi rakan kongsi SASA dengan menyumbang­kan medal, minuman dan cenderahat­i kepada peserta, pemenang dan pegawai bertugas,” katanya.

Beliau juga berterima kasih kepada MSN Sabah yang terus menyokong termasuk membantu dari segi kewangan untuk SASA mempromosi­kan program pembanguna­n di peringkat negeri dan kebangsaan.

 ??  ?? PENGARAH Urusan Life Water, Liaw Hen Kong menyampaik­an hadiah dan cenderahat­i kepada para pemenang salah satu acara.
PENGARAH Urusan Life Water, Liaw Hen Kong menyampaik­an hadiah dan cenderahat­i kepada para pemenang salah satu acara.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia