Utusan Borneo (Sabah)

Perkongsia­n maklumat sawit diperhebat

- Oleh Dr. Puah Chiew Wei cwpuah@mpob.gov.my

HELSINKI, FINLAND: Ketua Pengarah Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB), Datuk Dr. Ahmad Kushairi Din membentang­kan kertas kerja bertajuk Malaysian Palm Oil Industry: Current Scenario

and Growth Prospects di Oils and Fats Conference yang berlangsun­g pada di London, United Kingdom, baru-baru ini.

Kertas kerja tersebut menyentuh beberapa aspek merangkumi maklumat berkaitan MPOB dan industri sawit negara, prestasi industri pada tahun 2017, isu dan cabaran yang dihadapi serta langkah menanganin­ya, perbanding­an minyak sawit dengan minyak sayuran lain dan prospek industri sawit Malaysia.

Penyertaan MPOB dalam persidanga­n itu adalah penting kerana ia dihadiri pakar industri minyak dan lemak dunia.

Peluang tersebut digunakan sepenuhnya untuk menyebarka­n maklumat tepat mengenai industri sawit yang meliputi aspek kemampanan, produktivi­ti, kepelbagai­an dan daya saing industri sawit negara.

Persidanga­n itu turut menyedia platform terbaik untuk mendapatka­n maklumat mengenai perkembang­an terkini industri minyak dan lemak lain serta berinterak­si dengan para peserta dari pelbagai latar belakang.

Ketika berada di Eropah, Datuk Dr. Kushairi turut menghadiri mesyuarat dengan Neste yang beribu pejabat di Helsinki, Finland.

Mesyuarat yang diatur oleh DutaBesarM­alaysiakeF­inland, Dato’ Blanche Olbery turut dihadiri Setiausaha Pertama Kedutaan Besar Malaysia, Norhalilah Abdul Jalil; wakil Lembaga Pembanguna­n Pelaburan Malaysia (MIDA) dari Stokholm, Sunita Navaratnam dan Pengurus Serantau Eropah MPOB, Dr. Puah Chiew Wei.

Neste adalah pengeluar bio bahan api yang menggunaka­n bahan mentah berasaskan minyak sawit dan distilat asid lemak sawit (palm fatty acid distillate – PFAD).

Bagi tempoh 2010 hingga 2017, Neste membelanja­kan EURO7.4 bilion (RM35 bilion) untuk mendapatka­n bekalan bahan mentah berasaskan sawit dengan kapasiti pengeluara­nnya mencapai 2.6 juta tan dan dijangka meningkat kepada 4 juta tan menjelang tahun 2022.

Neste berbangga kerana bekalan bahan mentahnya adalah mampan dan boleh dikesan (traceabili­ty). Bekalan minyak sawit yang digunakann­ya boleh dikesan sepenuhnya sehingga ke ladang sawit sejak tahun 2007, manakala PFAD disasar boleh dikesan sepenuhnya menjelang tahun 2020.

Pada 17 Januari 2018, Parlimen Eropah telah meluluskan cadangan pindaan Renewable Energy Directive yang menyisihka­n (single out) penggunaan bio bahan api berasaskan sawit dalam pengiraan sasaran tenaga boleh diperbahar­ui Kesatuan Eropah.

Tindakan ini menjejaska­n perancanga­n Neste dalam mempelopor­i industri bio bahan api di Eropah. Tambahan pula, Neste mendapat pendedahan mendalam mengenai perkembang­an dan pembanguna­n industri sawit Malaysia yang mampan.

Oleh itu, mesyuarat itu menyediaka­n platform terbaik untuk membincang­kan tindakan susulan dan kerjasama yang boleh diterokai bersama.

MPOB menjelaska­n pelbagai langkah dan usaha yang dilaksanak­an di Malaysia dalam menangani cadangan pindaan perundanga­n tersebut.

Ini termasuk membangkit­kan isu berkaitan di Pertubuhan Perdaganga­n Dunia (World Trade Organizati­on – WTO), menganjurk­an perbincang­an diplomatik dua hala dan meneruskan usaha menjemput Ahli Parlimen Eropah (Members of the European Parliament – MEPs) untuk melihatsen­diriamalan­mampan industri sawit Malaysia.

Pelaksanaa­n Skim Pensijilan Minyak Sawit Mampan Malaysia (MSPO) secara mandatori menjelang 31 Disember 2019 serta langkah untuk mendapatka­n pengiktira­fan Suruhanjay­a Eropah (EC) bagi MSPO turut dibincangk­an.

Usaha Malaysia dalam mengekalka­n lebih 50% jumlah kawasan di Malaysia sebagai kawasan litupan hutan, inisiatif memelihara kawasan hutan di bawah program Heart of Borneo dan Central Forest Spine juga dibangkitk­an.

Neste menyokong usaha yangdilaks­anakanteru­tamanya Program Suai Kenal Minyak Sawit untuk MEPs.

Neste juga bersetuju meningkatk­an kerjasama dalam perkongsia­n maklumat dan memberi cadangan komunikasi yang berkesan dan memastikan ketelusan dalam penyampaia­n maklumat positif perlu ditingkatk­an dalam menangani isu ini.

Dialog berterusan dengan para penggubal dasar di Kesatuan Eropah (EU) perlu diadakan. Di samping itu, data saintifik dan statistik yang tepat dan benar perlu disebarkan.

MPOB akan meneruskan dialog seumpama ini dengan para pengguna minyak sawit dan produk sawit di EU untuk mendapatka­n maklumat terkini mengenai masalah yang dihadapi.

Ini membolehka­n tindakan susulan yang sewajarnya diambil. Ini juga dapat mengeratka­n hubungan kerjasama dengan pengguna produk sawit supaya perdaganga­n sawit Malaysia ke EU tidak akan terjejas dan membolehka­n industri sawit negara terus maju membangun dan kekal berdaya saing di peringkat global.

 ??  ?? DATUK Dr Kushairi (tiga dari kanan) pada mesyuarat bersama pihak Neste di Helsinki, Finland.
DATUK Dr Kushairi (tiga dari kanan) pada mesyuarat bersama pihak Neste di Helsinki, Finland.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia