Utusan Borneo (Sabah)

Penggiat industri didedah maklumat dagangan sawit

- Oleh Mohd Firdaus Othman & Insyirah Mohd Shah fidos@mpob.gov.my/ insyirah@mpob.gov.my

BANGI: Sejumlah 144 peserta mewakili pelbagai agensi kerajaan dan organisasi swasta menyertai sesi Interaksi bersama Penggiat Industri Sawit Malaysia anjuran Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB), di sini baru-baru ini.

Program tahunan itu diadakan sempena kehadiran Pengurus Serantau MPOB di luar negara yang pulang ke tanah air bagi menghadiri Mesyuarat Jawatankua­sa Penasihat Program (PAC) kali ke-38 di ibu pejabat MPOB.

Interaksi dihadiri wakil industri seperti Majlis Minyak Sawit Malaysia (MPOC), Lembaga Pembanguna­n Pelaburan Malaysia (MIDA), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), FELDA, Persatuan Pekilang-pekilang Minyak Makan Malaysia (MEOMA), Persatuan Minyak Sawit Malaysia (MPOA) dan wakil syarikat perladanga­n negara.

Timbalan Ketua Pengarah (Penyedilik­an dan Pembanguna­n) MPOB, Dr Ahmad parveez Ghulam Kadir, berkata program anjuran MPOB itu berkongsi maklumat terkini berkaitan perkembang­an perdaganga­n dan cabaran perlu dihadapi di negara-neraga pasaran utama sawit.

Beliau berkata, sesi seumpama itu akan mewujudkan pemahaman lebih baik mengenai pelbagai isu dan cabaran yang dihadapi minyak sawit Malaysia di rantau yang berbeza.

“Sejak kebelakang­an ini, industri sawit terjejas akibat persepsi negatif terutama dari Eropah yang menimbulka­n agenda anti sawit secara meluas dan menjejaska­n kehidupan masyarakat kita terutama pekebun kecil,” katanya ketika berucap merasmikan program berkenaan mewakil Ketua Pengarah MPOB, Datuk Dr Ahmad Kushairi Din.

Katanya, kempen anti minyak sawit Eropah memainkan isu termasuk penebangan hutan, kemusnahan biodiversi­ti, ancaman habitat hidupan liar terutama orang utan, penanaman sawit di tanah gambut, buruh paksa dan kanak-kanak dan kesan buruk terhadap kesihatan akibat lemak tepu menyerang minyak sawit.

“Terbaharu, Agensi Keselamata­n Makanan Eropah (EFSA) mencetuska­n perdebatan mengenai 3MCPD, ester glikosil dan larangan biodiesel minyak sawit pada 2021 oleh Parlimen Eropah.

“Justeru, sesi interaksi ini adalah platform bagi perserta memperoleh pemahaman terhadap dinamik pasaran, kehendak pelanggan, isu terkini setiap rantau dan seterusnya menggalakk­an kerjasama dengan MPOB bagi meningkatk­an penerimaan minyak sawit Malaysia.

Antara isu diketengah­kan melaluipad­aseminarit­uadalah peningkata­n duti import ke atas minyak sayuran di India, kekurangan informasi mengenai kelebihan minyak sawit yang didapati wujud di kalangan masyarakat tempatan serta kemuncak cabaran terkini dari Eropah adalah Resolusi Parlimen Kesatuan Eropah untuk mengharamk­an penggunaan bio bahan api berasaskan sawit sepenuhnya dalam sektor pengangkut­an mulai tahun 2021.

Namun begitu, potensi minyak sawit masih besar. Strategi memperbany­akkan produk sawit nilai tambah di pasaran dan penjenamaa­n minyak sawit keluaran Malaysia melalui pensijilan Minyak Sawit Mampan Malaysia (MSPO) mampu membezakan minyak sawit Malaysia berbanding minyak sayuran lain.

MPOB melalui pejabat serantau di Amerika Syarikat, Belgium, Iran, Mesir, China, India dan Pakistan akan terus menggiatka­n aktiviti promosi minyak sawit di samping memantau perkembang­an industri minyak dan lemak global untuk menjamin kemampanan minyak sawit Malaysia.

Berdasarka­n maklum balas yang diberikan, MPOB akan meneruskan sesi interaksi ini di masa akan datang sebagai wadah penyaluran informasi dan komunikasi dengan pihak industri.

 ??  ?? SEBAHAGIAN peserta yang menghadiri sesi interaksi bersama penggiat insutri sawit.
SEBAHAGIAN peserta yang menghadiri sesi interaksi bersama penggiat insutri sawit.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia